senarai pemenang contest anjung streamyx

Alhamdulillah, satu-satunya entri yang aku publish ketika aku sedang bercuti bersama keluarga di Sabah, iaitu entri untuk Contest di Anjung Streamyx (ANJUNG STREAMYX: MEMUDAHKAN PENDAFTARAN TALIAN INTERNET ANDA) berjaya mendapat perhatian pihak penganjur.

Aku berangan nak dapat hadiah utama, 1st prize RM150, tapi dapat saguhati je, RM15. Hik2!. Nombor ‘0’ kat belakang dah kena buang. Takpelah kan, nak buat macam mana, aku tahu entri aku tak kreatif. Takde idea lah nak buat macam mana. Tengah sibuk bercuti lagipun. Tapi aku memang ada keyakinan untuk menang dalam contest ni sebab aku tahu aku menepati syarat, iaitu memberikan maklumat yang tepat.

Ni contest ke-3 yang aku menangi untuk tahun 2011. Tapi, kira contest pertama untuk blog ni (lagi 2 contest menang masa kat blog lama, akumerpatiputih.blogspot.com – sebelum aku berpindah ke hosting sendiri).

p/s: Alhamdulillah, menang juga walaupun saguahti. Biasalah aku, selalu menang saguhati je. Hik2.

BACA JUGA :  BEN ASHAARI! MASIHKAH KAU INGAT
error: Content is protected !!