gambar chernobyl

Krisis nuklear Fukushima Daiichi, Jepun kini sudah sama tahap dengan Bencana Nuklear Chernobyl yang berlaku 25 tahun dahulu (26 April, 1986) di Loji Kuasa Nuklear Chernobyl, Ukraine.  Bencana Chernobyl ini merupakan bencana nuklear terburuk dalam sejarah, di mana ia mencapai aras pencemaran radioaktif terburuk, iaitu 7, dan sekarang ini Fukushima Daiichi pula mencapai tahap 7.

BAGAIMANA BENCANA NUKLEAR CHERNOBYL BERLAKU?

Bencana Chernobyl berlaku apabila reaktor keempat meledak pada 01:23 AM waktu tempatan. Ketika itu, pekerja sedang melakukan ujian dengan sistem keselamatan reaktor ketika sistem keselamatan yang dikawal komputer dimatikan.

Masalah timbul apabila reaktor tidak menerima penyejuk yang mencukupi ketika ujian, menyebabkan terlalu banyak haba dalam teras, dan rod pengawal dikeluarkan sepenuhnya. Ini menyebabkan operasi reaktor tidak stabil. Sistem komputer dibut semula tetapi gagal mengawal semula tindak balas. Apabila rod kawalan dimasukkan semula sebagai usaha mengawal semula reaktor yang sedang tidak stabil, terdapat peningkatan tindak balas disebabkan oleh reka bentuk reaktor RBMK dan rod kawalannya  menyebabkan tindak balas yang tidak dapat dikawal.

Keadaan Loji Chernobyl ketika kejadian

Keadaan Loji Chernobyl ketika kejadian. Kredit gambar: GENIA SAVILOV

Reaktor ini menghasilkan banyak wap yang akhirnya menyebabkan letupan dan memusnahkan sebahagian reaktor. Selepas letupan, kebakaran grafit berlaku disebabkan suhu tinggi reaktor dan pendedahan grafit kepada oksigen. Puing beradioaktif tercampak beberapa batu menyebabkan asap yang mengandungi pencemaran radioaktif dari kebakaran grafit sampai sehingga Belarus.

Pencemaran nuklear ini adalah 100 kali ganda melebihi bom nuklear Hiroshima dan Nagasaki (Perang Dunia II, 1945). Sekarang zon sekitar 19 km dari loji nuklear Chernobyl tidak berpenghuni lagi. Dari tahun 1992-2004, terdapat 4000 kes kanser tiroid dikesan di negara Rusia, Ukraine dan Belarus.

Kerja pembersihan sedang dijalankan

Kerja pembersihan sedang dijalankan. Kredit foto: Genia Savilov

Apabila dilihat kepada kesan yang menimpa Chernobyl, aku mula terfikir mengenai kesan yang bakal diterima oleh warga Jepun pula nanti. Kasihan mereka.

p/s: Sebut mengenai bencana Chernobyl ni, aku terus teringat pada subjek Plant Safety yang dipelajari ketika di universiti dulu. Bencana Chernobyl ni antara soalan favourite lah dalam ujian.

Sumber: Wikipedia, gambar dari blogs.denverpost

Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang ‘share’ ini.

error: Content is protected !!