banner contest teka umur si comel

Seperti yang aku pernah janjikan sebelum ini, aku akan berkongsi pendapatan Nuffnang yang diperolehi dengan membuat contest di blog. Setelah berfikir semasaknya, aku mengambil keputusan untuk mengadakan contest mudah yang bertajuk “Contest Teka Umur Si Comel”.

Pada asalnya, aku nak buat contest lain, tapi kemudian berubah fikiran. Kemudiannya aku berubah fikiran lagi untuk menukar contest, maka terhasillah contest ni. Idea asal contest ini datangnya dari mak aku sendiri. Hehe..Thank you mom for your support. =)

Contest ini juga sempena aku dah berdomain dan berhosting sendiri. Baru semalam blog ini dirasmikan.  Actually, domain dan hosting  ni pun aku beli hasil dari duit Nuffnang.

OK, dengan ini aku nak bagitahu cara-cara untuk menyertai contest ni.

1. Buat entri ringkas bertajuk “CONTEST TEKA UMUR SI COMEL“.

2. Letak banner contest di atas dalam entri penyertaan anda. Pastikan banner ini dilinkkan ke entri  ini.

3. Anda hanya perlu meneka umur si comel  ketika gambar ini diambil. Untuk pengetahuan, si comel yang dimaksudkan bernama Sumayyah, anak saudara aku.  =)

4. Tag 3 orang rakan. Make sure orang yang anda tag tu tahu yang diorang di tag, eh. =D

5. Tinggalkan link entri pentertaan yang anda dah buat tu kat dalam ruangan komen entri ni. Jangan tinggalkan kat entri lain pula, ya.

Dah, tu je cara-caranya. Senang je kan.

Clue:

Kalau ada yang rasa susah nak teka umur budak kecik ni, meh sini aku bagi Clue. Umur dia tak sampai setahun. Berat dia baru 6kg.

Cara pemilihan pemenang:

Pemenang akan dipilih berdasarkan tekaan yang paling tepat. Kalau takde yang dapat teka tepat, aku pilih tekaan yang paling hampir.

Hadiah?

Top up atau cash.

Tarikh tutup: 30 April 2011.

Dengan ini aku merasmikan contest yang julung kalinya aku anjurkan. Anda semua dijemput untuk join contest mudah ini. Jom cepat-cepat join.

p/s: Kalau ada sebarang kemusykilan tentang contest ni, tanya lah, ya.

 

error: Content is protected !!