pelakon drama gemilang tv3

Hari ni, drama bersiri Gemilang di tv3 sudah sampai ke penghujungnya. Ending cerita ini telah pun diketahui. Happy ending, of course lah kan. Hubungan Lah dan Asma telah pun direstui. Ruhana pula merasakan dirinya tidak layak untuk menerima cinta Umar. Kesemua calon SPM pelajar di Institut Gemilang mendapat keputusan yang cemerlang. Semua calon lulus (100%), dan 8 orang mendapat straight A.  

Jom baca sinopsis cerita Gemilang ni:

Sinopsis

1976 Sekolah swasta yang pertama di pedalaman yang diusahakan oleh seorang anak muda yang berwawasan. Matlamatnya mudah – untuk mengubah nasib anak-anak remaja yang gagal dalam pelajaran – tapi perjalanannya masih belum pasti.

Saifullah membuka Institut Gemilang supaya dia boleh memberi peluang kedua kepada pelajar-pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolahnya.

Dia tahu dia mampu untuk mengubah hidup pelajar-pelajarnya. Kalau bukan semua, sekurang-kurangnya sebahagian daripda mereka. Dia berjanji tidak akan berputus asa terhadap mereka asalkan mereka tidak berputus asa ke atas diri mereka sendiri.

Saifullah, Umar, Asma dan Ruhana adalah guru-guru yang pertama di sekolah itu di mana mereka akan bekerja sebaik mungkin untuk masa depan pelajar-pelajar mereka.

Konflik, permusuhan, cinta dan benci hadir antara cikgu-cikgu ini. Ruhana mahukan Lah, tapi Lah cintakan Asma dan Lah tak bertepuk sebelah tangan kerana Asma juga menyintainya walaupun telah bertunang dengan Halim, sepupunya sendiri. Ruhana melakukan macam-macam untuk memenangi hati Lah dan memisahkan Lah dan Asma, sehingga sanggup mempergunakan Umar (sahabat baik Lah) bagi mencapai matlamatnya.    

Cerita ini kadangkala lucu, kadangkala menyentuh hati tetapi sentiasa memberi inspirasi. ~ tv3

Barisan pelakon utama

pelakon utama drama gemilang

Shaz Jaszle: Saifullah (Lah)

Tiz Zaqyah: Asma

Kamal Adli: Umar

Tasha Shilla: Ruhana

p/s: Kadang-kala memang agak emosional sikit apabila tengok cerita ni, terutama sekali watak Ruhana tu. Ada je yang dibuatnya untuk memisahkan Asma dan Lah. Sebagai perempuan, kadang-kadang bengang juga kalau tengok perempuan dok terkejar-kejarkan lelaki..Hik2… 

Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda di Facebook dengan menekan butang ‘share’ ini.

BACA JUGA :  EPISOD AKHIR SOFFIYA SLOT AKASIA TV3
error: Content is protected !!