gambar Putera William dan Kate Middleton

Siaran langsung majlis perkahwinan Diraja pewaris takhta Britain, Putera William dan Kate Middleton di Istana Buckingham, London sedang ditayangkan secara langsung di NTV7, 29 April 2011 mulai 3 petang hingga 8.30 malam (waktu Malaysia).

Kelihatan ramai wanita-wanita di perkarangan istana membawa sepanduk yang bertulis “Marry Me Harry”. Ramai betul orang di perkarangan istana. Memang kebanyakan wartawan telah berkampung sejak beberapa hari lalu, untuk cop tempat, agar mereka dapat cari best spot untuk melihat pasangan pengantin Diraja William-Kate. Dua bilion penduduk dunia dijangka menyaksikan majlis perkahwinan diraja di gereja Westminster Abbey. William dan Kate akan ke Istana Buckingham selepas majlis pernikahan mereka di Gereja Westminster Abbey.

William dan Kate berkenalan kira-kira lapan tahun lalu ketika mereka sama-sama menuntut di University of St Andrews, Scotland. Mereka kemudiannya bertunang pada 16 November 2010 selepas William melamar Kate sewaktu bercuti di Kenya.

p/s: Sejak kecil, Kate memang ada memasang impian untuk menjadi puteri raja dan impiannya ini menjadi kenyataan apabila Putera William melamarnya. Impian menjadi kenyataan. Bestnya. 😀

GAMBAR PERKAHWINAN PUTERA WILLIAM DAN KATE MIDDLETON

SETIAP JAWAPAN ANDA BERHARGA UNTUK SURVEY KAMI

Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button ‘share’ ini.

error: Content is protected !!