“Now Everyone Can Fly”, itulah matlamat dan fokus syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia yang kini sudah menawarkan penerbangan sehingga ke 20 buah negara, selain dari melakukan penerbangan domestik.
Kelebihan AirAsia
Pada pendapat saya, AirAsia telah pun diterima baik oleh orang ramai. Buktinya, barisan di kaunter AirAsia untuk load luggage memang panjang, jika nak dibandingkan dengan kaunter syarikat penerbangan lain.
Sudah semestinya kelebihan paling ketara yang dimiliki oleh AirAsia berbanding dengan pesaingnya ialah harga. Bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menaiki kapal terbang sejajar dengan matlamat syarikat, AirAsia menawarkan harga yang murah. Walaupun telah menawarkan harga yand sedia murah, AirAsia tetap mengadakan promosi dan menawarkan pakej-pakej yang menarik dari semasa ke semasa. Ini sudah semestinya menjadi faktor tarikan yang utama.
Pengalaman peribadi
Secara peribadinya, saya telah menggunakan khidmat AirAsia ke 3 destinasi, iaitu Beijing, Pulau Pinang dan Tawau. Penerbangan pertama ke Beijing, perjalanan dirasakan sungguh lama. Maklumlah, 6 jam perjalanan. Selepas 3 jam, duduk pun dah mula jadi serba tak kena. Seat AirAsia agak kecil, membuatkan saya dan para penumpang lain berasa sempit dan tidak selesa. Malah, saya terdengar orang sebelah menyebut perkataan ini “sempitlah”. Huhu..memang pun seat tu muat-muat untuk punggung ni je. Tak bebas nak bergerak-gerak. Duduk lama-lama, mahunya kebas punggung ni. Seat pulak taklah empuk.
Pulang dari Beijing, kami satu kumpulan rombongan mendapat seat dibahagian tengah. Flight pukul 2 petang, tapi kami dah diberi makan lunch pada pukul 11 pagi lagi oleh syarikat pelancongan. Flight pula ditunda. Jadi lambat sikit kami bertolak balik. Perut pun dah mula berkeroncong. Malangnya, setibanya pramugari di tempat duduk kami, makanan dah ‘sold out’, hanya tinggal coklat dan minuman je. Aduh! 6 jam perjalanan dan kami terpaksa berlapar?. Oh, tidak!.
Penerbangan kedua, saya ke Pulau Pinang atas urusan kerja. Setibanya di Airport Pulau Pinang, saya terperanjat melihat tempat lock beg dah kopak. Huhu…Saya tahu memang diorang campak-campak semua beg, mungkin beg saya ni terhentak dengan benda keras. Nasib baik ada beli insuran ketika booking tiket. Jadi, dapatlah juga pampasan.
Kekurangan AirAsia dan cadangan untuk AirAsia
Seperti yang saya nyatakan di atas, itulah dia beberapa kekurangan AirAsia yang saya sendiri rasai. Mungkin AirAsia perlu sediakan makanan lebih sedikit untuk penerbangan antarabangsa. Mengenai seat tu, saya fahamlah, berpadanan dengan harga yang ditawarkan. Mengenai kerosakan pada luggage tu, mungkin pekerja yang bertugas perlu lebih cermat semasa mengendalikan luggage.
Begitulah pengalaman dan pandangan peribadi saya. Pandangan anda pula bagaimana?. Anda juga boleh kongsikan pengalaman anda bersama AirAsia diruangan komen.
p/s: Entri ini adalah advertorial khas untuk contest di eyriqazz.com.
dah beberapa kali naik Air Asia..tapi dalam negara je la..
p/s:theme ni theme ape ye?custom ke?
Sya pun baru sekali je ke luar negara. So far mampu naik AA je lah.
Ni theme yang sedia ada kat WP je, Platform.
Malaysia Airlines selesa bila perjalanan jauh…jadi xbpe sempit la seat die nak tdo n rehat senang…
http://duniadalamjaket.blogspot.com/2011/07/jalan-jalan-beijing-disember-2009.html