Dah seminggu jugalah aku tak berkesempatan mengupdate blog ni. Isk..isk…macam-macam perkara berlaku. Jadi aku mengambil kesempatan yang ada ni untuk buat entri rojak. Tajuk kat atas tu pun dah jelas menunjukkan yang entri ini rojak.

Aku tak dapat update blog sebab:

1. Tak dapat nak surfing internet sebab internet terlalu slow, sehinggakan dashboard blog pon tak terdisplay. Internet ni slow bukan sebab line broadband, tapi sebab antivirus aku yang dah expired lesennya tu, sibuk scan laptop aku ni, tapi tak habis-habis scan. Too slow…walaupun aku dah biarkan dia semalaman pun, tak habis-habis juga scan. Hadoi!

2. Nenek aku baru je meninggal dunia Jumaat malam. Jadi, 3 hari berturut-turut ni, masa dihabiskan bersama keluarga. Memang tak berusik pun laptop ni. Al-Fatihah untuk arwahyarham nenek aku. Moga rohnya dicucuri rahmat.

Dah lama tak dapat buka dashboard ni, ada 35 komen pending. Komen-komen ni semua merupakan permalink peserta contest yang sedang berlangsung di blog ni iaitu Contest Teka Umur Si Comel. Internet aku masih lagi tergendala. InsyaAllah, jika dah habis scan nanti, bolehlah aku datang melawat kesemua blog peserta contest aku ni.

Kebelakangan ni entri contest je yang memenuhi ruang udara blog ni. Hik2…Alhamdulillh, dapatlah juga menang 1 contest ni. Walaupun aku tak menang hadiah utama berupa RM130, iaitu untuk entri paling menarik, tapi, entri aku untuk contest ‘NAK KURUS INGAT JOEGRIMJOW’ ni berjaya menempatkan diri sebagai Top 5 di Google. Dapatlah juga RM20 dari joegrimjow.

Tanggal 20 April lalu, buat kali pertamanya Alexa rank blog ni dah turun bawah1 juta, iaitu pada usia blog ni sebulan. Pada ketika itu angkanya 996 ribu. Tapi aku tak ambil screenshot. Alhamdulillah angkanya semakin menurun dan kini menjadi 923,555. Ketika blog ni lahir, kalau tak silap aku 2.6 juta alexa rank blog ni. Kira slow jugalah alexa rank aku ni turun. Hik2…Blog ni jarang berupdate, kan..so memang slow sikit lah turunnya tu.

Oklah, sampai di sini sahaja entri ni. Slow betul tenet aku ni. Hatoi! Kepada semua peserta contest, maaf  lah ya, aku lambat datang blog anda. Kalau permalink yang anda tinggalkan belum di approve lagi, maksudnya aku belum datang terjah. Yang komen dah approve, aku dah senaraikan semua nama peserta contest di page paling atas kat leaderboard tu.

error: Content is protected !!