blog platform

Pelbagai jenis platform blog wujud masa kini

 

Blog pertama di dunia

Blog pertama bermula apabila Bruce Ableson melancarkan Diari Terbuka (Open Diary) bulan Oktober 1998. Ia hanyalah sebuah aplikasi online dimana pengguna mendaftarkan diari masing-masing dan mempamerkannya untuk pembaca catat ulasan atau komen.

 

Kemunculan Blogger.com

Menggunakan konsep di atas, sebuah perisian blogging ‘LiveJournal’ telah dicipta oleh Brad Fitzpatrick, disertai alat blog untuk paparan undian sesawang (web pool).

Kemudian, Evan Williams and Meg Hourihan (Pyra Labs) telah melancarkan blogger.com pada bulan Ogos 1999 yang kemudiannya dipindah milik kepada gergasi (kecil) Google pada bulan Febuari 2003.

Blogger.com mencipta sejarah sebagai perisian paling banyak digunakan dalam setiap masa. Penggunaannya adalah percuma, dan menyediakan pelbagai alat hiasan kemudahan untuk pengguna berblog selain dari boleh menjana pendapatan dari hobi/aktiviti berblog.

 

Kemunculan WordPress

Matt Mullenweg telah membina perisian blogging lebih canggih dengan konsep opensource yang dikenali sebagai WordPress.

Semasa permulaannya pada tahun 2003, kod yang digunakan berbentuk bit tunggal. Sejak dari saat itu ia telah menjadi peralatan blog paling banyak digunapakai oleh berjuta orang dan dilayari puluhan juta manusia setiap hari.

p/s: Inilah dia asal usul kewujudan blog di dunia ni. Ada banyak version juga lah yang aku jumpa tentang asal usul blog sebab aku google dulu sebelum buat entri ni. Kalau anda nak baca version yang lain, boleh je google. Untuk entri ni, sumber asalnya aku ambil dari WanLuqman. Aku ada ubah sikit-sikit dari sumber asal untuk menghasilkan entri ni.

Aku pernah buat entri tentang asal usul aku berblog. Berminat nak baca tentang asal usul blog Syaisya.com ni?. Boleh lah baca entri ni: ASAL USUL AKU DAN BLOG.

Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang ‘share’ ini.

error: Content is protected !!