syaisya.com

 

Blog baru aku ni masih banyak kekurangannya. Entah mengapa aku agak kurang sikit mood nak adjust-adjust blog ni sejak berhosting sendiri. Blog ni pun dah semakin cacamarba. Kadang-kadang aku sendiri pun rasa apa je lah blog yang aku buat ni. Hik2..tapi nak buat macam mana kan.

Buat masa ni aku hanya mampu update blog je lah. Tak boleh nak godek sangat php ni macam mana aku godek html masa bersama dengan blogspot dulu. Entahlah, sebab life aku sekarang dah berubah kot. Dulu ada banyak masa untuk surfing. Sekarang ni, masa yang ada dah dibahagi-bahagikan dengan banyak perkara.

Tak pe lah duhai blog, kamu faham kan, yang tuan kamu ni dah ada hidup baru sekarang ni. Asalkan trafik OK, malah, Alhamdulillah, lebih baik dari berblogspot dulu, bolehlah buat aku tersenyum juga. 🙂

p/s: Dalam kepala aku sekarang ni dok ingat Master aku je. Hik2..Aku terlebih risau ke?. Tapi risau itu penting bagi aku. Kalau tak nanti aku tak nak buat kerja pula. Hik2…Study, jangan tak study..Masih banyak jurnal yang perlu ditelaah. Blog? Erm…sampingan je kot..

error: Content is protected !!