Lama betul aku tak update blog ni. Hampir seminggu dah. Bukan sebab aku tak ingat pada blog ni, tetapi aku terpaksa melupakan blog ni buat seketika. Aku perlu mengutamakan perkara yang lebih penting untuk masa hadapan aku.

Berblog pun untuk saja-saja je. Tapi sekali-sekala aku tetap perlu pantau trafik blog ni, sebab sekarang Exabytes sedang beriklan di blog ni. Mengikut perjanjian, at least aku perlu maintain kan separuh dari trafik blog yang aku declare semasa menerima tawaran pengiklanan mereka.

So far, Alhamdulillah, trafik lebih dari yang di declare, cuma setakat ni ada 2 hari yang trafik agak turun sikit, tapi masih melebihi separuh trafik yang diperlukan.

Berat juga tanggungjawab kalau ada ambil advertiser untuk beriklan dalam blog 😀 Tapi, so far, Alhamdulillah, blog ni berjalan lancar. InsyaAllah, ada kelapangan, aku akan update blog ni.

p/s: Ada banyak contest aku nak join yang due date nya hujung bulan ni. Tapi, tengoklah, kalau berkesempatan dapat lah aku join.  Mudah-mudahan, InsyaAllah, adalah rezeki aku tu. 😀

error: Content is protected !!