Haha..internet slow tahap siput selama 2 minggu kebelakangan ni gara-gara broadband dah over limit menyebabkan aku tak dapat nak tengok graf statistik blog kat Nuffnang memandangkn web Nuffnang tak berjaya di load. Alternatifnya, aku guna Statcounter.

Sekarang aku kat kampung, guna Streamyx, memang laju takde masalah. Tadi belek site Nuffnang, dapatlah aku jenguk graf blog aku untuk minggu ni. Tengok-tengok, gini pula rupa grafnya:

 

Graf yang macam tangga, menunjukkan trafik yang tak stabil. Haha..sejak aku bertukar ke wordpress sef-hosted ni, memang trafik aku tak menentu. Time dia naik, naiklah. Time dia merundum, jatuh gedebuk ler. Tapi ni bukan salah worpress, sebab aku yang tak dapat nak blogging secara konsisten. Sejak berhosting sendiri ni, memang aku sibuk. 

Sejak menggunakan blogspot sehinggalah ke worpress ni, referral tertinggi aku tetap orang yang sama iaitu pakcik google.

Aku ada terbaca kat satu blog, mengatakan bahawa adalah lebih baik kalau kita dapat trafik dari pembaca setia kita berbanding organik trafik dari pakcik google. Huhu…blog aku ni manalah ada pembaca setia.  Kalau pakcik google ni tak bawa visitor, berapa kerat je lah  visitor blog aku ni. 🙁 Hik hik.

Nota kaki kecil: Apapun, yang penting, berblog dengan happynya. Trafik naik ke, turun ke, aku pun malas dah nak tengok sangat. Naik, naik ler, Alhamdulillah. Turun, turun ler…kalau dah aku busy, blog ni pun tak sempat jenguk. Yang penting HAPPY 😀

 

error: Content is protected !!