Buat pertama kalinya aku terjah masuk ke Blog Fix Computer Problems (BFCP) ni sebab aku nak join contest review yang sedang dianjurkan di blog ini. Contest ini bertujuan untuk penulis meningkatkan kualiti blog ini.

Okey, sebelum aku berceloteh panjang mengenai blog ni, jom kita berkenalan dengan insan di sebalik tabir Blog Fix Computer Problems ni.

PENULIS BLOG

Tak kenal maka tak cinta. Kalau kita tak tahu siapa pemilik blog tu, kurang kemesraan lagi tu. Kalau kita tahu latar belakang penulis blog tu, rasa lebih dekat dengan penulisnya, dan menambah lagi kepercayaan pembaca terhadap apa yang ditulis dalam blog.  Jadi, siapakah penulis kepada Blog Fix Computer Problems ni?.

Penulis blog ini dikenali sebagai MJali atau lebih mesra dengan panggilan MJ. Jom intai apa kata penulis tentang dirinya:

Seorang yang berminat dengan blogging dan bidang ini masih baru bagi saya. Saya mula berblogging pada penghujung Bulan Februari 2011. Mempunyai sedikit kepakaran dan pengetahuan dalam bidang komputer dan juga berkerja dalam bidang komputer. Berumur 33 tahun, berasal dari kota bharu, kelantan. Baru mula berblogging kerana mahu berkongsi maklumat dan pengetahuan tentang komputer serta menerokai ilmu pengetahuan terutama dalam bidang IT. Mempunyai kemahiran  dalam repair and services computer IT. Bersama-sama isteri dan anak-anak, saya teruskan bidang ini, terima kasih atas sokongan mereka. Perkembangan selanjutnya boleh mengikuti saya dalam blog ini. Semoga anda sudi membantu saya dalam dunia yang baru bagi saya ini. Wassalam.

 

NAMA BLOG DAN IDENTITI BLOG

Dalam dunia blogging dan website, nama blog dan url memainkan peranan yang penting bagi menggambarkan identiti sesuatu blog. Salah satu ciri-ciri nama blog dan url yang baik ialah, nama blog dan url ada kaitan dengan isi kandungan blog.

Cuba baca nama blog Encik MJ ni. Nama blog ni pun dah terang-terang “Blog Fix Computer Problems“. Tanpa baca entri-entri yang terdapat dalam blog ni pun dah boleh tahu blog ni bercerita mengenai apa. Tak kan lah nama Blog Fix Computer Problems, cerita pasal beli ikan kat pasar pula kan. Mestilah ianya mengenai masalah-masalah yang sering melanda komputer dan cara menyelesaikannya.

ENTRI YANG ILMIAH DAN BERSIFAT MEMBANTU

Memang tak sia-sia menjelajahi Blog Fix Computer Problems ni. Banyak ilmu tentang komputer yang boleh aku pelajari. Aku mengaku, aku ni memang tak pandai pasal komputer ni. Aku tahu guna je. ON laptop, pastu tekan-tekan keyboard, klik-klik mouse. Haha…

Selak satu demi satu entri yang terdapat di blog ni, maka yang aku tak tahu, kini aku dah tahu. Di sini aku nak share tentang 1 entri yang terdapat dalam BFCP ni. Entri tentang masalah yang sering menghantui komputer-komputer tanpa kita sedari yang kita sedang mengalami masalah ini, iaitu Spyware. Apa itu Spyware?

Spyware ialah suatu bentuk program pengintai aktiviti internet online. Ia dicipta bagi tujuan untuk mencuri dan mengintai segala maklumat di dalam sistem computer atau laptop anda.

Spyware akan berusaha untuk mengintai dan mencuri data peribadi pengguna tanpa disedari. Sasaran utamanya adalah username dan password online banking, email, web, blog dan seangkatanya.

Itulah gerangannya ‘Spyware’ dan aktiviti yang dijalankan oleh pakcik Spyware ni. Macam mana nak tahu laptop/PC anda dijangkiti spyware atau tak?. Kalau dah dijangkiti, macam mana nak buang Spyware ni?. Bacalah entri APAKAH TANDA LAPTOP ATAU KOMPUTER DISERANG VIRUS dan BAGAIMANA CARA MEMBUANG SPYWARE.

 

CADANGAN UNTUK BFCP



Aku perasan kat blog BFCP ni ada pasang iklan melekat Nuffnang. Huhu..aku ni memang tak berapa gemar blog yang pasang iklan Nuffnang yang melekat-melekat ni. Bukannya apa, aku suka datang sesuatu blog tu, dan baca isi kandungannya. Kadang-kadang iklan sticky ni mengganggu pandangan aku.

Dalam kes blog BFCP ni, iklan tu tak menganggu entri, tapi dia menggangu aku nak baca senarai entri terbaru yang terletak di sidebar blog. Kira, masih diterima lagilah sebab tak terlalu menyukarkan pembacaan. Tapi ni skrin laptop aku besar, kalau kecil macam mana pula agaknya, ya, pemandangan yang terpapar?.

Okey lah, tu je lah kot review dari aku untuk BFCP ni. Overall, blog ni memang okey sangat. Lepas ni kalau laptop aku ni bermasalah, tahu dah aku nak terjah blog mana untuk cari jalan penyelesaiannya :D.

 


error: Content is protected !!