Contest Teka Umur Si Comel dah berlangsung selama 1 bulan setengah dan tarikh tamatnya ialah 30 April yang lalu. Dengan ini, aku merasmikan penutupan Contest Teka Umur Si Comel. Jom kita tengok apa komen Sumayyah mengenai contest ini.
Hehe..bukan sahaja Sumayyah suka. Malah aku pun suka. Bagi aku, contest ini kira mendapat sambutan jugalah. Alhamdulillah, aku pun tak sangka akan dapat sehingga 64 penyertaan.
Terima kasih yang tak terhingga kepada semua peserta contest ni. Ramai juga yang dapat meneka dengan tepat. Aku sedang memikirkan cara untuk memberikan hadiah kepada semua yang dapat meneka dengan tepat. Tapi, pemenang utama tetap seorang je.
Kepada semua peserta, aku minta maaf sebab lambat update mengenai keputusan contest ni. Bandwith Broadband aku dah over limit lah. So, dashborad blog aku ni pun tak boleh nak dibuka. Jadi, memang susah sikit aku nak update blog. Terpaksa cari kawasan yang ada WiFi.
Lately ni pun aku agak sibuk dengan urusan perpindahan rumah. Jadi pelarian sekejap ni. Maklumlah, dari bekerja dah jadi student balik ni. Hehe.. 😀 InsyaAllah, paling lewat pun aku akan umumkan pemenangnya Ahad ni. Aku cuba untuk umumkan pemenang dalam minggu ni juga. Minta maaf ya, kerana membuatkan para peserta semua tertunggu-tunggu keputusannya. Peace ^_^.