Drama terbaru di slot Samarinda sebanyak 25 episod terbitan Enuja Production, SAHARA telah ditayangkan sejak 30 Mac 2011, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam. Drama ini adalah hasil nukilan skrip oleh novelis popular, Sharifah Abu Salem dan diarahkan oleh Jamal Khan.

Drama SAHARA yang menampilkan pelakon sensasi Nanu Baharudin bergandingan dengan pendatang baru seperti Tasha Shilla dan Ammar Alfian telah pun berakhir malam tadi.

SINOPSIS DRAMA SAHARA

Sahara mengisahkan kisah cinta dua wanita yang mempunyai talian persaudaraan, Sahara ( Nanu) dan Tina (Tasha Shila). Sahara amat menyayangi adik tunggalnya, Tina sehingga sanggup memenuhi segala kemahuan Tina asalkan Tina bahagia.

Tindakan Sahara yang terlalu memanjakan Tina sering ditegur oleh ibu mereka, Rahimah. Hubungan Sahara dan Tina amat rapat walaupun jarak usia mereka sebanyak 18 tahun.

Akan tetapi kemunculan Ashraf (Ammar Alfian) di dalam hidup mereka akan mengubah segala-galanya. Tina menganggap Sahara sebagai penghalang cinta untuk memiliki Ashraf. Dia mula bersikap dingin dan sengaja menyusahkan Sahara di pejabat ataupun rumah.

Sahara terkilan dengan sikap kasar Tina namun dia terpaksa menelan segala kepahitannya kerana menyimpan satu rahsia keluarga yang bakal mengubah nasib Sahara dan Tina.

Rahimah pula tidak bersetuju dengan tindakan Sahara yang menyerahkan segala urusan syarikat kepada Tina. Sahara rasa bersalah kerana Tina bukan pilihan Ashraf dan ingin menebus kehilangan Tina dengan keputusan tersebut.

 

 

Salah satu babak dalam drama Sahara

ENDING SAHARA

Kalau tengok kat sinopsis tu, memang Sahara berkorban segala-galanya dan beralah dengan Tina sehinggakan sanggup menyuruh Ashraf berkahwin dengan Tina, sedangkan dia dan Ashraf saling mencintai antara satu sama lain dek kerana Sahara terlalu sayangkan Tina dan sanggup menurut sahaja segala kemahuan Tina.

Rupa-rupanya, kasih sayang luar biasa yang Sahara tunjukkan ini bukanlah kasih sayang seorang kakak terhadap adiknya, tetapi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Di penghujung cerita ni, memang dinyatakan sebab-sebab mengapa ibu Saharah menipu Sahara dengan merahsiakan hubungan sebenarnya dengan Tina. Tapi kan, huhu..entahlah. Aku tak boleh terima lah perbuatan mak Sahara ni. Tak rasional langsung. Hikhik..emo sat no…

Ending cerita ni pula, di hari pernikahan, Tina tak nak kahwin dengan Ashraf sebab rasa dirinya tak layak. Tina menyesal dengan perbuatannya selama ni, dan menerima Sahara sebagai ibunya. Dua beranak ni menangis dan berpelukan di halaman rumah setelah Tina lari ke halaman rumah selepas memberhentikan upacara akad nikah.

Tapi, tak pula dinyatakan di akhir cerita ni, Sahara dengan Ashraf kahwin ke tak, Rizal yang tengah koma tu, sedar ke tak?. Adeh..entahlah..aku rasa penat juga lah tunggu cerita Sahara ni.

Sekarang drama melayu memang banyak dah macam ni. Ending biar macam tu je. Penonton kena buat ending sendiri. Dush!. Aku bukan nak kritik drama Melayu, sebab aku merupakan penonton drama-drama melayu ni. Tapi kan, kalau dah kebanyakan cerita ending macam tu je, alahai…penat tengok.

 

Tasha Shilla

 

p/s: Sepupu aku suka tengok mata Tasha Shilla ni. Macam anak patung, katanya.

error: Content is protected !!