cara kaji statistik blog

Sejak awal aku berblog hampir setahun setengah yang lalu, aku dah mula berkenalan dengan Statcounter, yang memberikan banyak informasi mengenai statistik blog. Walaupun ada banyak lagi jenis website yang menawarkan perkhidmatan yang sama, seperti Google Analytic, Histat dan sebagainya, tetapi setakat ni, aku sangat suka dan berpuas hati dengan Statcounter.

Kenapa aku suka statcounter? Kerana dia memberikan maklumat yang lengkap, dan banyak maklumat mengenai aktiviti yang dilakukan oleh pengunjung blog ni dapat aku pantau. Sejak awal berkecimpung dalam dunia blog, aku juga blur, tak tahu apa yang patut dilakukan terhadap blog.

Antara maklumat blog yang boleh diperolehi melalui Statcounter

Menulis blog tanpa pembaca membuatkan aku rasa seperti syok sendiri. Jadi, melalui Statcounter, aku dapat mendalami minat para pembaca blog aku. Melalui ‘Keyword Analysis’ dan ‘Visitor Path’ yang terdapat pada Statcounter, aku dapat mengetahui ‘keyword’ yang paling tinggi permintaannya untuk blog aku. Aku suka mengkaji visitor path, kerana dari sini, aku boleh tahu sama ada 1 visitor tu, lepas baca 1 topik yang mereka baca, adakah mereka akan klik pada entri-entri lain di blog ini, atau mereka angkat kaki terus.

Sejak aku bertukar ke self-hosting, aku dah lama tak mengkaji statistik blog di statcounter ni, memandangkan aku tak pasang code statcounter pada blog baru. Baru je pagi tadi aku pasang semula statcounter di blog ini dengan menggunakan plugin yang ada. Aku rasa seperti kehilangan dan hilang arah tuju pula tanpa statcounter ni. Yelah kan, selama ni memang aku gunakan statcounter untuk skodeng aktiviti visitor blog ni.

Dah lama tak buka statcounter, rupa-rupanya statcounter dah perkenalkan ciri-ciri baru yang amat menarik minat aku. Kini, statcounter ada tunjukkan pada kita, kedudukan blog kita dalam carian Google untuk sesuatu keyword yang dicari oleh visitor.

Tapi, kalau aku kesuntukan masa untuk memantau aktiviti visitor blog, cukuplah sekadar tengok statistik blog di Nuffnang.
Nota kaki kecil: Baru balik dari rewang kerja kahwin di rumah jiran. Hik2. Sekarang karaoke masih lagi berkumandang di hadapan rumah.
BACA JUGA :  TINGKATKAN TRAFIK DENGAN BACKLINK. BAGAIMANA BOLEH DAPAT BACKLINK?
error: Content is protected !!