Alhamdulillah, setelah seharian menjalani hari yang penuh dengan kesibukan, malam ini aku berjaya juga online. Walaupun ini merupakan percubaan tah ke berapa kali untuk online disebabkan gangguan internet. Huhu..aku kepenatan ni, sebenarnya, tapi sebab dah janji punya pasal, nak umumkan pemenang hari ni, maka aku kotakan janjiku.

Walaupun sebelum ni aku ada menyatakan akan menggunakan khidmat random.org untuk memilih pemenang utama, tetapi disebabkan gangguan internet yang slow tahap siput ni, aku tak dapat nak load random.org. So, aku terpaksa menggunakan alternatif lain, iaitu menggunakan benda lain yang memberikan perkhidmatan yang serupa dengan random.org. Yang berjaya load ialah psychicscience.org, so yang ni lah yang aku gunakan.

Untuk mengetahui berapakah nombor anda, sila rujuk kepada entri sebelum ini: CONTEST TEKA UMUR SI COMEL: SIAPAKAH PEMENANGNYA?

 

Generate 1 random integers between 1 and 12:

Dan pemenangnya ialah:

Pemenangnya ialah No. 8.

Kepada pemilik no.8, sila emailkan hadiah yang anda prefer (RM10 cash atau top up) ke admin@syaisya.com. Kalau nak cash, sila berikan nombor akaun dan nama penuh. Kalau nak topup, sila berikan nombor telefon.

TAHNIAH! Kepada pemenang utama.

Kepada kesemua 11 peneka yang berjaya meneka dengan tepat, hadiah untuk anda ialah BLOG REVIEW. Memandangkan ada dikalangan pemenang yang menggunakan blog yang direka khas untuk contest untuk menyertai contest ini, maka aku akan review blog utama korang. Sila berikan URL utama blog korang eh (untuk yang gunakan blog contest je). Kalau yang memang dah gunakan blog utama, tak perlu bagi URL lagi.

Anak saudara aku  ni nak bagi ucapan sikit:


p/s: Ucapan anak sedara aku tu, ucapan aku lah sebenarnya. Dia baby lagi, manalah tahu berucap, kan. 😀

error: Content is protected !!