Sayangnya DIA padaku

DIA selalu berikan apa yang ku pinta

DIA selalu berikan apa yang kuhajati

 

Sayangnya DIA padaku

Walau aku sering melupakanNnya

Walau aku melakukan laranganNya

 

Sayangnya DIA padaku

DIA sentiasa mendengar rintihan hatiku

DIA sentiasa melihat perbuatanku

 

Sayangnya DIA padaku

Mengapa aku tidak dapat menyayangi diriku sendiri?

Sepertimana DIA menyayangiku?

 

Sayangnya DIA padaku…

 

Aku…

Manusia yang lemah

 

Aku…

HambaNya yang sering alpa

 

Aku…

Punyai banyak kekurangan

 

Aku….

Aku ingin berubah.

 

Aku tahu…

Dunia itu racun,

zuhud itu ubatnya

 

Aku tahu…

Harta itu racun,

zakat itu ubatnya

 

Aku tahu…

Bercakap sia-sia itu racun,

zikir itu ubatnya

 

Aku tahu…

Anugerah umur itu racun,

ketaatan itu ubatnya

 

Aku tahu…

Semua tahun dalam kehidupan itu racun,

Ramadhan itu penawarnya

 

Aku tahu…

Aku mahu berubah.

 

 

 

Contest aku ingin berubah dianjurkan oleh Muslimah Optimis.

 

error: Content is protected !!