Senang ke buat Master penyelidikan ni?. Best ke buat penyelidikan ni?. Setelah aku bertekad untuk mengubah corak kehidupan ku dengan berhenti kerja dan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam penyelidikan, aku kini bergelar student.
Aku memilih untuk melanjutkan pelajaran secara penyelidikan (by research) dan bukannya melalui kos (by taught course) kerana aku tak suka pergi kuliah. Dulu masa undergraduate, aku suka tidur dalam kelas. Ngantuk lah dengar lecterur mengajar.
Kalau buat by course, aku kena baca buku, kena ingat semua yang di baca, kena buat latihan dan sebagainya. Aku ni memang student yang malas. So, aku memang tak berminat nak buat Master by course.
Buat research pun sebenarnya kena banyak membaca, malah lebih kritikal daripada by course. Kawan yang pernah membuat research bertanya pada aku “Kenapa kau tak buat by course, by course lagi senang lah. Buat research ni tak semudah yang kita sangkakan”.
Yup! Aku agree dengan kawan aku tu, dan kini aku sedang melalui saat-saat genting tu. Pening der kepala aku. Penat berfikir. Tapi tak pe lah, ni jalan yang aku pilih dan aku mahu harunginya dengan tabah.
Sekurang-kurangnya, aku tak penat bermain dengan emosi seperti ketika aku bekerja dulu. Huhu..asyik bergaduh je dengan boss setiap hari. Hati sakit hari-hari macam dicucuk-cucuk jarum. Sakit hati dengan perangai anak buah yang pemalas lagi…Huhu…Apapun tu semua dah jadi kenangan dan dah duduk dalam lipatan sejarah. Malas dah nak ingatkan lagi.
Hari ini ialah hari ini. Biarkan semalam berlalu. Hidup perlu diteruskan. Aku perlu sabar dan tabah dalam menjalani kehidupan baru. Kerana aku menyayangi diriku dan kehidupanku.
p/s: Sekadar luahan rasa setelah penat menelaah dan berfikir. Dah lama tak luahkan perasaan kat blog kesayangan ni. Jap lagi nak jumpa lecturer, nak bincang dan minta pendapat dia. Pecah kepala lah fikir sorang-sorang. 😀
hmm..sekadar berkongsi.
sy sndiri dulu mcm sya juga..malas ke kelas..ke kelas comform tidur..waktu sy smbung master dulu..sy juga dinasihatkan supaya amik course work.. dan saya akui bila sy dapat berlawan dgn kemalasan dan kemengantokan..saya dapat banyak benefit dr hadir kelas master.
1st: bertalaqqi dgn ramai Prof dan Doktor doktor.. wlu ilmu itu kt boleh dpt dgn membaca..tapi yang kita dpt dari mendengar lebih memberi kesa.
2nd: berhujah/berdebat dgn rakan sekelas. ini pengalaman paling mahal. setiap perbentangan kita akan dihentam dan dipersoalkan hatta silap ejaan pun kena. tapi ia sebagai satu proses utk memudahkan lagi penghasilan penyelidikan nnt.
3rd: mudah score. klu nak dpt markah yg baik dan kita masih baru dalam bidang penyelidikan ..course worklah pembantunya.
apaapa pun/.sy doakan syaisya.. GOOD LUCK!
Hi nadiy, terima kasih di atas perkongsian yang diberikan. yup! nanti masa presentation memang teruk kena hentam nanti. Waima sekarang ni pun, bila Sya cakap dengan rakan-rakan sekelas dulu, mereka memang kerja bidang ni, dan mereka dah raise banyak persoalan. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya Sya dah dapat feedback awal dan boleh fikirkan perkara-perkara yang mereka highlightkan. Terima kasih juga kerana doakan Sya. Ameennn..
wahh..bermain dengan emosi??
comel plak kucing tu baca buku..
comel kan kucing tu. tu yang ambil dia jadi model dalam entry ni. hehe
ermm..saya tgh dok survey adakah baik buat master mlalui research atau coursework..kalu ikut hati senang coursework tapi kalu ikut duit(bajet) reseach yg layak..tapi nak cari maklumat2 dulu mana yg lebih ok..tkasih atas pkongsian..dapat sikit2 info… 🙂
yup, betul tu. coursework risiko dia kalau fail exam je lah. Sama je macam masa ambil degree, tapi grading dia lagi tinggi. Dapat C je pun dah kira fail if tak silap Sya, kawan Sya cakap.
Research ni pula memang macam2 dugaan ada sepanjang nak menyiapkan kerja. If buat experimen, tak semestinya apa yang kita rancang tu menjadi. Belum kira dengan masalah equipment rosak, supplier lambat, etc… If tak buat experiment, buat simulation je pun ada cabarannya yang tersendiri juga (yang ni Sya takde pengalaman, sebab Sya buat research). Sya tengok member yang buat simulation, ting tong ting tong je kepala diorang kena belajar sendiri simulator tu. If ada orang ajar, mudah sikit lah kerja 😀
Nor Ain tak consider mix mode? Coursework + Research.
Ramai juga student yang pilih research sebab boleh dapat elaun. Tapi if buat coursework pun, boleh je apply biasiswa MOHE MyBrain15. If buat PhD ada elaun, tapi if buat master je, biasiswa ni akan bayarkan yuran pengajian sahaja, tiada elaun sara diri untuk pelajar Master.
Harap info ni dapat membantu Nor Ain. If ada apa-apa nak tanya, boleh je tanya. Reply komen ni. InsyaAllah, Sya akan cuba jawap berdasarkan pengalaman dan apa yang Sya tahu. Atau Sya boleh buat 1 lagi entri based on soalan Nor Ain 😀