berita kematian Osama Bin Laden

 

Hari ni, sejak dari pagi, aku sibuk rewang di rumah jiran sempena majlis perkahwinan anaknya. Tamat majlis, aku pun surf internet. Sebaik sahaja homepage (yahoo) terpapar, terkejut aku melihat berita kematian Osama Bin Laden. Hah? Osama meninggal? Betul ke ni?.

Cek di Bernama, memang ada berita yang mengatakan Osama Bin Laden yang hidup dalam persembunyian terbunuh dalam satu operasi ketenteraan khas Amerika Syarikat di sebuah rumah di Abbotabad, berdekatan Islamad. Difahamkan, Osama ditembak di kepala.

Reaksi American terhadap kematian Osama Bin Laden

p/s: Amboi! sukanya mereka!.

Nota kaki kecil: Persoalannya, memang betul ke Osama Bin Laden dah meninggal?. Sejauh mana kebenarannyaa, Wallahualam.

Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda di Facebook dengan menekan butang ‘share’ ini.

error: Content is protected !!