tun dr mahathir mohamad

Satu persidangan blogger sedunia (World Blogger and Social Media Summit 2011) akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur selama 2 hari mulai 15 Jun. Ucaptama akan disampaikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga merupakan seorang penulis blog. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan blogger kali kedua diadakan di Malaysia selepas Asian Bloggers and Social Media Conference 2010 tahun lalu.

Persidangan kali ini akan menghimpunkan penulis blog dan pengguna laman sosial dari seluruh dunia untuk membincangkan perihal internet dan blog perkara yang perlu diambil perhatian sebelum menulis blog untuk mengelakkan berlaku kontroversi, selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa penulis blog adalah bebas menyuarakan pandangan masing-masing tetapi perlu ada garisan yang mengawal kebebasan itu supaya ia tidak melampaui batas.

“Kita juga akan membantu penulis blog muda mengenal pasti apa yang penting dalam memajukan blog dan menyampaikan idea-idea mereka melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Kita sudah menerima banyak permohonan dari pelbagai negara untuk menyertai perhimpunan kali ini dan kita menjangkakan penulis blog dari hampir seluruh dunia akan hadir” – Shahrul Hameed Dawood (Ketua Pegawai Eksekutif My Events).

Penceramah undangan:

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes

Sumber asal: BERNAMA

p/s: Macam best je persidangan ni. Dahlah blogger seantero dunia turut hadir, boleh timba banyak ilmu pula tu daripada event ni. Best betul kalau boleh belajar secara langsung dengan otai-otai blogger sedunia.

error: Content is protected !!