Tengok tak cerita Asmara 2 ni?. Aku tengok juga lah kadang-kadang. Dulu masa Asmara 1 aku tak tengok pun. Tapi tahu jugalah ceritanya sebab roomate aku yang ceritakan. Hehe…Kira sinopsis Asmara 1 aku tahu jugalah.

Cerita Asmara 2 ni ditayangkan setiap hari Selasa jam 9 malam hingga 10 malam di TV3.

Sinopsis Asmara 2

ENAM bulan selepas kematian Zaliya, Asmara menjadi pemurung dan terasa kehilangan yang amat sangat. Asmara amat terkilan kerana dia tidak sempat bertemu Zaliya pada saat-saat akhir Zaliya kerana berada di kampung. Sahlan dikatakan mahu pengkebumian Zaliya dilakukan segera. Ketika tergesa-gesa pulang ke Kuala Lumpur, motorsikal Asmara rosak di tengah jalan. Dalam masa yang sama, Asmara terpaksa mengambil masa mencari teksi. Asmara sampai ketika jenazah Zaliya sudah dikebumikan. Asmara hanya mengurung diri di rumah Nek Mah di kampung. Dia seolah-olah hidup dalam bayangan Zaliya. Nek Mah mulai bising-bising kerana Asmara hilang semangat untuk hidup. Nek Mah mahu Asmara memikirkan masa depan Adam yang ada dalam jagaan mereka. ~ Portal tv3.

Best juga cerita ni. Menarik juga untuk ditonton. Paling aku suka tengok dalam cerita ni ialah muka Faezah Elai yang memegang watak Zalia. Cantik betul dia bertudung. Muka pun dah macam anak patung dah aku tengok. So cute..

 

p/s: Macam anak patung, kan?.

error: Content is protected !!