LAGU TEMA HARI GURU YANG PALING BEST

Logo Hari Guru 2011
0 Flares 0 Flares ×
logo hari guru 2011 LAGU TEMA HARI GURU YANG PALING BEST

Logo Hari Guru 2011

16 Mei semakin menghampiri. Setiap 16 Mei, guru-guru akan diraikan. Selamat Hari Guru aku ucapkan kepada semua guru. Pernah terfikir tak kenapa Hari Guru jatuh pada tanggal 16 Mei?

Kenapa 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru?

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Sejak itu, dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

 

TEMA HARI GURU DARI TAHUN 1972-2011

2011  Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010/2009  Guru Pembina Negara Bangsa
2008  Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007  Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006  Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005  Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004  Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003  Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002  Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001  Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000  Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999  Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998  Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997  Guru Bestari Sekolah Bestari
1996  Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995  Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994  Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993  Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992  Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991  Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990  Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989  Guru Pembina Budaya Ilmu
1989  Guru Pembina Budaya Ilmu
1988  Guru Pengasas Budaya Membaca
1987  Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986  Pendidikan Teras Nasionalisme
1985  Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984  Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983  Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982  Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981  Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980  Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979  Murid Sejahtera Negara Jaya
1978  Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977  Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976  Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975  Guru dan Pembangunan Negara
1974  Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973  Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972  Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

 

LIRIK LAGU TEMA HARI GURU 2011

Berikut adalah lirik lagu tema Hari Guru 2011.

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
(Tempo = 120)

BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA

PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN

PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA

 

Dulu-dulu, zaman aku jadi budak sekolah, aku suka sangat apabila cikgu-cikgu nyanyikan lagu Hari Guru, sebab time Hari Guru je lah boleh dengar cikgu-cikgu aku menyanyi. Arghh..rindu pula zaman sekolah dulu-dulu ni.

Sumber: http://www.adap.com.my/festival/infohg.html dan Jejaka Stylo

Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang ‘share’ ini.

p5rn7vb

1 comment… add one

  • Nadz

    terbaik perkongsian ni. terima kasih. ;D

    Nadh suka dengan blog kamu, perkongsian kamu, Jum Nadh nk pomot, join contest Aku Ingin Berubah sahabat Nadh,,.

    Mungkin kita leh sama-sama sampaikan message positive pada masyarakat dengan perkongsian dalam ni plak.. :D

Leave a Comment

CommentLuv badge