gambar bakal isteri tomok

Tomok dan kekasih hati

Tomok (nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail),  27, akan menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai depan dengan Siti Rahayu Abas, 32, pramugari Penerbangan Malaysia (MAS).

 

KISAH CINTA TOMOK – SITI RAHAYU

Tomok mengenali Siti Rahayu sejak lapan tahun lalu secara tidak sengaja sebelum bertukar-tukar nombor telefon. Ketika itu Tomok terbabit dalam satu set penggambaran telemovie bersama New Boyz di Cheras. Kebetulan, Siti Rahayu melalui kawasan penggambaran itu dan kami bertegur sapa dan bertukar-tukar nombor telefon sebagai peminat dan artis.

Tomok juga tidak menyangka hubungan persahabatan yang terjalin bertukar menjadi cinta sehingga membawa ke jenjang pelamin. 😀

Mereka sebenarnya merancang untuk mendirikan rumah tangga sejak tahun lalu lagi namun kerana sibuk dengan kerjaya, urusan perkahwinan terpaksa diuruskan sedikit demi sedikit sehingga tarikh sebenar, 1 Julai depan dipersetujui.

 

TARIKH MAJLIS BERLANGSUNG

Kad jemputan perkahwinannya sudah siap ditempah dan akan diedarkan dalam masa terdekat. 1 Julai, selepas majlis akad nikah yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Datuk Keramat,  kenduri sebelah pengantin perempuan akan diadakan di dewan yang sama keesokan harinya.

Majlis persandingan tertutup di Saloma Bistro khas untuk rakan artis dan media akan diadakan pada 6 Julai. Kenduri pihak keluarga Tomok pula akan dilangsungkan pada 9 Julai di rumah ibu bapanya di Alam Damai, Cheras.

p/s: Cantik dan cute kan, bakal isteri Tomok ni. Ada lesung pipit lagi tu.

sumber: EncikNakal

Kongsi info ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!