Tengok statistik di atas, sejak trafik aku mula maintain 5-600 UV stiap hari, aku mula mengidam nakkan trafik 1K++ setiap hari. Tah bila lah boleh capai tu ek?.

Tapi aku ni pemalas sikit nak update blog. Ping entri, promote blog, lagi lah malas. Huhu…

Tengok pageview tu. Alahai, sikitnya. Tak sampai 2 kali ganda pun dari UV. Maksudnya, most of the time, visitor baca 1 entri jer, pastu angkat kaki. Dah lama dah aku perasan perkara ni. Sejak aku berpindah ke self-hosted kalau tak silap.

Ramai juga yang tegur template blog aku ni simple sangat. Kalau simple sangat pun tak menarik. InsyaAllah, nanti bila kerja aku banyak dah selesai, akan aku usahakan untuk tukar appearance blog ni. Aku pun rasa blog aku ni terlalu simple.

p/s: Berangan nak apply Innity, tapi syarat tak lepas lagi ni. Huhu…

error: Content is protected !!