Hari ni baru aku berpeluang melihat episod 3 Rancangan Dapur Selebriti Knorr. 2 episod yang lalu, aku tak berkesempatan menonton. Rancangan Dapur Selebriti Knorr ini telah mula ditayangkan sejak 10 Jun yang lalu dan mempunyai 12 episod. Pengacara rancangan ni ialah Sheila Rusli. Memang best.

Untuk episod kali ni, pusingan pertama, 3 pasangana berentap iaitu Kenchana Dewi & Reza Mohamad, Baby Face & Sathiya dan Adik-beradik Diana Rafar & Linda Rafar. Namun, Baby Face dan Sathiya gagal ke pusingan ke-2.

Pada pusingan ke-2, memang jelas nampak kecekapan Reza Mohamad memasak. Wow! Baru ni aku tahu Reza pandai masak. Hehe..Si Kenchana pula siap boleh nyanyi-nyanyi lagu Hindi ketika memasak.

Linda & Diana Rafar pula kelihatan serius sepanjang pertandingan dan memang nampak yang mereka ni serius bertanding.

Rancangan dapur selebriti Knorr tv3 ditayangkan setiap Jumaat, jam 6 petang. Jom ramai-ramai saksikan artis memasak.

Haa…seronok juga tengok artis memasak ni. Selalu tengok diorang berlakon je kan. Aku suka juga tengok rancangan memasak yang kecoh-kecoh macam ni. Lagi best dari rancangan memasak yang skema.

Selain dari tu, dapat juga lah tips memasak yang ada dalam rancangan ni. Macam hari ni, tips dari secret recipe:

Tips untuk membuat kek jadi lembut:

1. Pukul gula castard dan mentega sampai sebati

2. Kemudian barulah masukkan telur sebiji dan pukul lagi

3. Then, baru masukkan lagi sebiji telur dan begitulah seterusnya.

4. Panaskan dulu oven pada suhu 180oC, supaya kek boleh naik dan lembut.

Hoyeah, boleh amalkan ni. Aku suka je makan kek coklat. Kalau aku buat kek pun, pakai hentam je.. hehe.. 😀 Dah tau ni, boleh lah amalkan.

Kongsi entri ini dengan rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!