Aku mungkin terlambat tahu pasal Google update PR baru-baru ni. Baru je sebentar tadi aku tahu. Dapat tahu je dari blog Reezluv, dengan sepantas aku check PR blog ni. Dulu, sebelum tukar ke self-hosting dan domain ni, blog lama aku (akumerpatiputih.blogspot.com) berPR 1.

Untuk syaisya.com ni, usia dia baru je 3 bulan. Berdebar juga nak check PR, tapi kau yakin boleh dapatkan PR 1 semula setelah PR turun kepada 0 ketika bertukar ke hosting sendiri.

Alhamdulillah. Blog masih baby baru lepas habis pantang ni dapat PR1. Syukur sangat-sangat. Walaupun PR 1 je, tapi tetap dah buat aku happy. Aku pun bukannya consistent sangat berblogging ni.

Tumpuan sekarang lebih kepada study. Sekarang ni laptop aku mengalami masalah DNS time out pula. Adeh…Susah nak blogging.

Apapun, hari ni ada 2 berita gembira. Satu, PR blog ni naik. Yang kedua, pagi tadi, mak call, bagitau aku dapat tawaran biasiswa. Alhamdulillah. Bulan 6 ni memang rezeki mencurah-curah. 😀

error: Content is protected !!