Perlawanan Malaysia vs Taiwan untuk kelayakan Piala Dunia 2014 1st leg di Bukit Jalil baru sahaja tamat sebentar tadi. Malaysia menang 2-1 terhadap Taiwan.
Penjaring gol:
Safiq Rahim (27′) – MAS
Aidil (55′) – MAS
CP Liang (75′) – TPE
Walaupun Malaysia mendahului, namun bekalan 2 gol ini tidak mencukupi kerana Taiwan berjaya menjaringkan gol tunggal di sini. Sudah semestinya skuad Piala Dunia Malaysia perlu berusaha lebih gigih untuk perlawanan 2nd leg di Taiwan Ahad nanti, 3 Julai 2011.
Sepanjang perlawanan, memang banyak kali scene pemain Taiwan injured, tergolek-golek….ermm….Memang style diorang main cenggitu kot. Huhu….
Pemain Malaysia 2 orang dilayangkan kad kuning (Kuna dan Baddrul). Keeper Taiwan pula dilayangkan kad kuning akibat dari bantahan yang dibuatnya ketika Safiq menjatuhkan rakan sepasukannya.
Apapun, kita tunggu game 2nd leg di Taiwan nanti. Hope pemain Malaysia sentiasa berwaspada dan tidak leka. Untuk 2nd half tadi memang banyak peluang diberikan kepada pemain Taiwan untuk menyerang. Huhu…
Good luck Rimau. Tetap menyokong!
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.