PERADUAN MENULIS CERPEN KANAK-KANAK & REMAJA SEKOLAH RENDAH & MENENGAH 2011

pertandingan menulis esei
11 Flares 11 Flares ×

gambar pena PERADUAN MENULIS CERPEN KANAK KANAK & REMAJA SEKOLAH RENDAH & MENENGAH 2011

Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sedang menganjurkan Peraduan Menulis Cerpen Kanak-kanak dan Remaja untuk sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Malaysia.

Tarikh mula peraduan: 1 April 2011

Tarikh tutup: Pada atau sebelum 30 Ogos 2011

 

PERADUAN MENULIS CERPEN KANAK-KANAK (SEKOLAH RENDAH)


Syarat-syarat Penyertaan


1. Terbuka kepada pelajar sekolah rendah, warganegara Malaysia berumur 10-12 tahun.

2. Cerpen yang dihasilkan mestilah sesuai untuk bacaan kelompok kanak-kanak dalam lingkungan umur 10-12 tahun.

3. Tema peraduan adalah seperti berikut:

  • Alam persekolahan
  • Kasih sayang
  • Kekeluargaan
  • Alam sekitar

4. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar maksimum 2 cerpen sahaja.

5. Karya yang dihantar mestilah bertaip di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau 2 baris. Jenis tulisan Arial, saiz tulisan 12.

6. Panjang teks cerpen adalah dalam lingkungan antara 500-1000 patah perkataan.

7. Karya mestilah dihantar dalam 2 salinan. Satu salinan bercetak, dengan judul karya hendaklah ditulis pada halaman kulit naskah dan satu salinan dalam bentuk disket/CD atau melalui e-mel dengan melabel nama, umur dan tajuk karya.

8. Karya yang dihantar mestilah disertakan borang penyertaan yang lengkap dengan gambar berukuran pasport serta perakuan daripada Guru Besar dengan tandatangan dan cap sekolah.

9. Karya yang dihantar mestilah asli, bukan saduran, adaptasi, penyesuaian atau apa-apa sahaja yang membawa perngertian karya itu bukan karya asli, serta belum pernah tersiar / diterbitkan oleh mana-mana pihak.

10. Sekiranya karya yang dihantar ternyata diciplak, penyertaan akan terbatal dengan serta-merta. Jika karya tersebut memenangi peraduan ini, maka hadiah tersebut terbatal dengan sendirinya.

11. Karya yang memenangi hadiah akan dipertimbangkan untuk disiarkan dalam majalah terbitan DBP atau diterbitkan dalam bentuk buku sebagai karya kompilasi.

12.  Setiap karya yang lengkap berserta borang penyertaan, disket/CD dan sekeping gambar berukuran pasport hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Urus setia,

Peraduan Menulis Cerpen Kanak-Kanak Sekolah Rendah 2011,

Bahagian Pengembangan Kesusateraan Kanak-kanak dan Remaja,

Tingkat 22, Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur.

 

Hadiah:

Tempat pertama: RM250.00

Tempat kedua: RM200.00

Tempat ketiga: RM150.00

10 hadiah sagu hati: RM50.00

Semua pemenang akan menerima hadiah wang tunai dan sijil.

 

Borang Penyertaan:

Borang penyertaan dan maklumat lanjut boleh didapati di link ini: PPD KLUANG.

Sila rujuk kepada cikgu anda untuk mendapatkan borang.


Maklumat Lanjut / Pertanyaan:

Jika ada sebarang pertanyaan atau anda menginginkan maklumat lanjut, sila hubungi:

Tel: 03-21482572 (Pn. Zabidah Yahya)

E-mel: zabidah@dbp.gov.my

atau

Tel: 03-21482568 (Pn. Zaharah Ngah Marzuki)

E-mel: zahmar@dbp.gov.my

atau

Talian umum: 03-21481011

Faks: 03-21447269

 

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT MENGENAI PERADUAN CERPEN REMAJA 2011

Kongsi maklumat ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

1 comment… add one

  • nur amirah najwa

    nama saya nur amirah najwa bt mohd azui saya berumur 10 tahun saya akan m

Leave a Comment

CommentLuv badge