Filem Sekali Lagi akan ditayangkan di pawagam mulai 30 Jun 2011. Filem yang berunsur Romantik ini dibintangi oleh pelakon-pelakon yang hebat termasuk Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan pelakon cilik yang comel dan bijak, adik Mia Sara.

Filem ini merupakan gandingan pertama antara Sam dan Surihani. Dalam cerita ini, Sam memegang watak kebudak-budakan itu. Sebagai persediaan untuk memegang watak ini, Sam banyak menghabiskan masa dengan anak saudaranya untuk mengkaji bagaimana cara budak berinteraksi dan beremosi.

KLIK UNTUK TAHU MENGENAI TAWARAN BLACKBERRY PLAYBOOK DARI MAXIS

Hashim Rejab, pengarah filem ni (juga pengarah drama Adam Maya) yakin penonton akan berasa terkejut dengan penampilan Sam dalam filem ini kerana dalam Sekali Lagi, penonton akan menyaksikan Sam sebagai seorang penghidap autisme yang mempunyai konflik dengan cinta. Lisa Surihani pula membawa watak yang berat dan sarat dengan emosi dan konflik.

 

Pelakon Sekali Lagi:


Shaheizy Sam (Arman)
Lisa Surihani (Shiela)
Mia Sara Nasuha (Amy)
Bront Palarae
Kartina Aziz
Shasha
Zul Handyblack
Ana Dahlia
Bob Lokman
Amylia Nastasha Aziz

 

Pengarah:
Hashim Rejab

 

Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

 

Sinopsis Sekali Lagi


Selama ini, ARMAN percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan FARINA. Hubungan Arman dan Farina juga semakin bermasalah. Malah, dalam satu salah faham, Farina telah bergaduh dengan Arman dan meninggalkannya seorang diri di tepi jalan. Dalam perjalanan pulang itu, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng.

MAYBANK NAK BAGI IPAD2!. KLIK UNTUK TAHU BAGAIMANA CARANYA. SIAPA TAHU REZEKI ANDA UNTUK DAPATKAN IPAD2.

Mujurlah, AMY, seorang kanak-kanak kecil yang berada di situ, memekik dengan kuat, dan sekaligus memaksa menyelamatkan Arman. Sungguhpun Amy hanya berusia 5 tahun, Arman dapati kanak-kanak itu amat pintar dan berdikari sekali, malah lebih pintar dan berdikari berbanding dirinya sendiri. Persahabatan terbentuk di antara mereka, dan Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Apabila Arman menyatakan rasa ragu-ragunya untuk meneruskan perkahwinan, Amy mencadangkan kepada Arman agar bertanya beberapa siri soalan kepada Farina dan juga ahli keluarganya.

KLIK UNTUK TAHU JENIS SMARTPHONE YANG BERSESUAIAN DENGAN PERSONALITI ANDA!

Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman. Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu SHIELA, turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada HARIS, si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu.

BACA JUGA :  SINOPSIS & PELAKON JULIA SLOT AKASIA TV3

Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Ibu bapa Haris di kampung sudah bertemu calon isteri yang sesuai untuk Haris.

PELUANG UNTUK MUSIK VIDEO ANDA TERSIAR DI ASTRO 318. KLIK UNTUK REBUT PELUANG INI.

Apabila wanita itu bertindak datang berjumpa Haris di Kuala Lumpur, Shiela tahu bahawa sudah tiba masanya untuk dia membuat keputusan. Amy amat sukakan Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris. Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman.

p/s: Amacam? Agak-agak korang nak tonton tak filem Sekali lagi ni?. Aku nak!.

Kongsi maklumat ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!