Sinetron Cinta Melody mulai ditayangkan 5 Mei 2011 di Astro Ria setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.30 petang. Drama sebanyak 36 episod ini memang menarik, best dan menyakitkan hati. Ahaks! Boleh diserang gangguan emosi tengok cerita ni sebab geram dekat mak cik dan sepupu si Melody ni.

Aku mula terjebak dengan cerita ni sejak awal bulan Jun ni. Agak lambatlah untuk aku start tengok cerita ni sebab bukannya ada Astro pun kat kolej aku ni. So, aku layan cerita ni tonton online di youtube. Kalau nak tengok link semua episod Cinta Melody ni, boleh lah tengok kat sini: CINTA MELODY FULL EPISOD.

 

PELAKON

Chelsea Olivia (Melody)

Randy Pangalila (Elang)

Poppy Bunga (Jelita)

Fendy Chow (Raffi)

Fanny Ghassani (Sonia)

Ryana Dea (Ajeng)

 

SINOPSIS CINTA MELODY

Cinta Melody ni mengisahkan kisah percintaan di antara Melody dan Elang. Perkenalan di antara Melody dan Elang bermula ketika berlaku kemalangan kecil di antara mereka. Elang merupakan anak seorang usahawan yang berjaya, Bu Anggika dan Pak Bharata.

Pak Bharata mahu Elang belajar dari bawah dan menyuruh Elang di tempatkan di bawah pengawasan pekerja terbaik syarikatnya, iaitu Melody. Melody merupakan seorang supervisor dan merupakan pekerja bahagian marketing yang paling berkaliber. Pada awalnya, Melody dan Elang saling bercakaran. Namun, akhirnya, bibit-bibit cinta mula terbit di antara mereka.

KLIK UNTUK TAHU SPEC SAMSUNG GALAXY S II

Ajeng, rakan Elang sejak kecil dan juga senior di syarikat tersebut menaruh hati pada Elang. Dalam syarikat itu, hanya Ajeng yang tahu bahawa Elang adalah anak boss. Bharata mahu perkara ini dirahsiakan. Ajeng mula sakit hati dengan Melody apabila dia menyedari Elang menyintai Melody.

Ajeng mula memburukkan Melody di hadapan Anggika tetapi sebaliknya yang  berlaku. Anggika menyukai Melody kerana Melody berjaya membentuk Elang. Tapi, perkara ini tidak kekal lama kerana sebaik sahaja Anggika tahu yang Melody merupakan anak kandung suaminya, Bharata, Anggika mula menyusun rancangan jahat untuk mengusir Melody dari syarikat.

Melody dan Elang

Anggika sebenarnya mengambil kesempatan ke atas Bharata yang hilang ingatan kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Bharata sebenarnya kemalangan bersama dengan adiknya, Fajri. Tetapi ketika kemalangan itu, hanya mayat Fajri yang ditemui.

Melody tinggal bersama neneknya (Fatima), ibunya (Nissa) dan juga ibu saudara (isteri Fajri) dan kedua orang sepupunya, Jelita dan Agung (anak Hanny). Hanny dan Jelita sangat membenci Melody dan Nissa kerana mengganggap suami Nissa (Fajar) telah membunuh suaminya.

KLIK SINI UNTUK TENGOK LADY GAGA SECARA LIVE

Dalam rumah tersebut, memang sering berlaku pertengkaran di kedua-dua keluarga ini. Hanya Nissa dan Melody sahaja yang bekerja dan menampung kehidupan seisi rumah.

Hanny dan Jelita sentiasa iri hati dengan Nissa dan Melody. Macam-macam rancangan mereka atur untuk menghancurkan hidup Melody termasuklah memberitahu Anggika siapa sebenarnya Bharata. Hanny terserempak dengan Bharata dan mula menyiasat latar belakang Bharata.

Sepanjang cerita ni, aku mula emo start episod 15, di mana Melody akhirnya berhenti kerja dan mula terpisah dengan Elang. Huhu…cerita ni memang banyak pergolakan. Aku pun belum habis tengok lagi. Baru tengok sampai episod 22. 😀 Tapi ramai juga yang tak puas hati dengan pengakhiran cerita ni. hehe

Kepada yang dah tengok, mesti dah tahu tentang ke’best’an cerita ni. Cuma kalau sikit-sikit tak logik tu biasalahkan. Payah lah nak buat cerita yang perfect. 😀 Yang pastinya, tengok cerita ni, memang rasa sakit hati kat mak cik dan sepupu si Melody ni. Kat Melody pun aku geram juga. Awatlah tak lawan, diam je. Gerammm…

 

LAGU OST CINTA MELODY

Lagu tema Ost Cinta Melody bertajuk Aishiteru (Aku Cinta Kamu) nyanyian band Zivilia

 

 

 

LIRIK LAGU AISHITERU

 

Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!