Baru je lepas tengok cerita You Saka Pergi Jauh-jauh kat TV3. Cerita ni menggantikan cerita Mantera Anjasmoro di slot Seram, setiap Khamis jam 9.30-10.30 malam.
Selepas kita dihidangkan dengan cerita yang penuh emosi, sekarang ni tv3 menghidangkan cerita seram yang sangat-sangat komedi. Erm…tak tahulah nak klasifikasikan cerita ni seram atau tak, sebab aku tengok setakat episod 1 ni, takde seramnya pun. Buat lawak je dari awal sampai habis. Saka tu pun tak menakutkan.
Memang aku gelak je selama sejam tonton cerita ni. Well, kalau tengok tajuk pun, memang dah ada unsur lawak dah.
SINOPSIS YOU SAKA PERGI JAUH-JAUH
Ni sinopsis versi aku sendiri setelah menonton episod pertama.
Cerita ni mengisahkan Nia (Eira Syazira), seorang gadis yang diburu saka ibunya yang bernama Gelam setelah ibunya meninggal dunia. Pada awal cerita menunjukkan Nia menyeru tuan puteri yang dikatakan menjaga keluarganya sejak dahulu untuk menghalau Gelam supaya tidak mengganggunya. Nia adalah seorang wanita bekerjaya dan merupakan tulang belakang syarikat tempatnya bekerja. Datin (boss Nia) mahu jodohkannya dengan anak lelakinya. Nia menolak kerana dia sudah ada kekasih hati (Nabil). Nabil pula sibuk mencari hantu, konon-konon macam rancangan paranormal tu lah. Bapa Nabil pula (Fauzi Nawawi) seorang bomoh yang konon-kononnya bercakap dengan jin Siam. Gelam terus memburu Nia sehingga ke rumah Nia. Nabil pengsan bila nampak Gelam di rumah Nia, sebaliknya Nia marah Gelam sebaik sahaja nampak Gelam di rumahnya. Roy Azman pula sebagai pakcik Nia dan memegang watak lembut dalam cerita ni.
Kesimpulannya, aku suka cerita ni. Sekurang-kurangnya cerita ni mampu buat aku gelak-gelak selama sejam. Iyalah, asyik tengok cerita serius je. Nak juga gelak-gelak kan.
PELAKON YOU SAKA..PERGI JAUH-JAUH
Nabil, Eira Syazira, Fauzi Nawawi, Roy Azman, Dynas Mokhtar, Amyza Aznan.
Jom layan promo You Saka…Pergi Jauh-jauh ni.
BARANG-BARANG CUTE UNTUK DIMENANGI
HADIAH UNTUK BAPA TERSAYANG
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ni.
tengok promo dia mcm best. tp saya takut kalau dia cite seram. suami saya selalu xde malam. tu yg takut nk tgk cite2 hantu seram. hehe
suka cite ni..kelakar…^_^
memang best. tengok jer..tak seram, kelakar ada lah. hantu saka dia tu pun kelakar je rupanya.
hehe..memang sangat kelakar, gelak je selama sejam tengok citer ni
oh baru tengok semlam kelakar sungguh hahaa
haha…kalau kenangkan citer ni, memang boleh gelak tiba2