Drama terbaru TV3 di Slot Akasia, Dewa Cinta menggantikan cerita Nora Elena yang telah berjaya menambat hati jutaan penonton. Kini, mampukah Dewa Cinta menambat hati penonton seperti Nora Elena?. Yang pastinya, kalau Nora Elena adaptasi dari sebuah novel, Dewa Cinta pula merupakan adaptasi dari novel muzikal pertama di Malaysia yg ditulis oleh Dilla Hussein pada tahun 2005. Dewa Cinta ditayangkan setiap Isnin-Khamis, jam 7-8 malam.

PAS PERCUMA! Parti bersama Estranged, Project Pistol, Wicked Aura, Matt Alfords, Funky Kopral & MC Vibe!!

PELAKON UTAMA DEWA CINTA

Iqram Dizzly (Iqbal)

Fasha Sandha (June)

Hafizudin (Norhan)

Aida Khalida (Rohaya)

Lana Nordin (Lynn)

Bkay Nair (Selena)

Black Mentor (Nikki)

 

SINOPSIS DEWA CINTA

Dewa Cinta mengisarkan Iqbal yang dibesarkan penuh kemewahan oleh keluarga angkatnya, Norhan dan Rohaya. Memori hitam pada zaman kanak-kanak akibat sikap ayah kandung yang sangat garang dan tegas terhadapnya selepas ibu dan kakaknya menghilangkan diri menyebabkan jiwa Iqbal mula memberontak dan selesa menyembunyikan sikap panas barannya di sebalik penampilan yang elite. Takdir menemukan Iqbal dengan June, seorang pemuzik dan penyanyi pub jelita yang lebih suka menyendiri, lantas Iqbal jatuh cinta dengan wanita yang lebih berusia daripadanya itu tatkala kali pertama mendengar kelunakan suara June menyanyikan lagu.

PROTON SAGA FLX MENJIMATKAN MINYAK. SEBABNYA?.

June masih mengharapkan kepulangan kekasih yang telah lapan tahun bermain muzik di luar negara tanpa khabar. Namun, janji setia telah dikhianati oleh kekasih yang rupa-rupanya telah pun berkahwin dengan perempuan lain dan June yang cuba mengubati hati yang luka menjadi semakin akrab dengan Iqbal. Walaupun berlainan darjat, namun ia bukan penghalang untuk dua insan untuk saling mengenali dan menyayangi. Sayangnya, bunga cinta yang baru berputik layu selepas penemuan penyiasat persendirian yang menunjukkan kemungkinan June ialah kakak kandung Iqbal yang sudah hilang sekian lama.

Kecewa lagi, June memilih untuk membawa diri ke Jakarta dan bercadang untuk menerima kontrak kerjayanya selama 3 tahun di situ. June hanya meninggalkan cincin pertunangan, hadiah hantaran dan sebuah lagu ciptaan sendiri khas untuk Iqbal iaitu “Dewa Cinta”.

TONTON VIDEO SUPERB! DENGAN KESAN LOMO MATRIX 3600

Lynn (setiausaha Iqbal) yang telah lama menyimpan perasaaan terhadap Iqbal merebut peluang untuk menawan hati Iqbal. Fariz, adik kandung kepada June merupakan pesaing sengit kepada Iqbal dalam dunia perniagaan sentiasa berikhtiar untuk menjatuhkan Iqbal. Fariz telah bersuhabat dengan Selena (anak kawan baik Norhan) dan Lynn bagi menjatuhkan Iqbal dan memusnahkan hubungan Iqbal dan June.  ~Portal TV3.

 

NOVEL MUZIKAL DEWA CINTAKU

Gambar dari Admya

 

Dalam novel muzikal Dewa Cintaku, Rosyam Nor memegang watak Iqbal manakala Nasha Aziz sebagai June. Kalau nak beli novel muzikal Dewa Cintaku ni, boleh beli kat SINI.

p/s: Lately ni aku memang layan je drama-drama kat TV3. So, amacam?. Yang dah tengok cerita ni sebab dah mula ditayangkan hari ni (20 Jun), apa pendapat korang tentang cerita ni?. Aku tengok best juga cerita ni. Macam biasa, ada watak jahat, ada watak baik, ada kisah cinta 4 segi lagi…

Kongsi cerita ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!