SINOPSIS, PELAKON, OST DRAMA STANZA CINTA TV3| ADAPTASI NOVEL STANZA CINTA

by syaisya on June 18, 2011

Gambar diambil dari myra2721

Drama bersiri terbaru, Stanza Cinta akan ditayangkan di TV3 mulai 19 Jun 2011, setiap Ahad jam 9.00 malam,  menggantikan rancangan Mentor.  Drama Stanza Cinta ini  merupakan adaptasi dari sebuah novel karya Nurull Halawati bertajuk Stanza Cinta. Novel ini  digarap hasil pengalaman penulis sendiri.

BARISAN PELAKON UTAMA STANZA CINTA

Aaron Aziz (Irfan Ikmal)

Nur Fathia (Amni Sorfina)

Fizz Fairuzz (Taufiq Imran)

KARAKTER WATAK UTAMA

Amni Sorfina:

Seorang guru agama, gadis lemah lembut dan penyayang, gadis yang tabah,  yang sedaya upaya menjadi insan solehah, tak lari dari dugaan hidup dan dilema.

Irfan Ikmal:

Tunang Amni. Irfan sangat mencintai Amni dengan luhur dan ikhlas, pemuda yang baik, kacak dan kaya raya. Irfan kurang ilmu agama dan agak manja dan tidak pandai berdikari.

Taufik Imran:

Taufik ialah cinta pertama Amni, dia agak alim dan berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama.

 

SINOPSIS STANZA CINTA (DARI NOVEL)

Amni Sorfina, seorang gadis yang berkeperibadian indah seindah namanya yang bermaksud ‘ketenangan yang suci’. Amni merupakan seorang wanita akhir zaman yang mencuba sedaya upaya untuk menjadi wanita solehah. Namun, jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian sering melanda dirinya.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya.

Ada sesuatu yang menarik di Bukit Bintang 24 September ni. Check it out!

Pintu hati Amni Sorfina yang selama ini kejap terkunci akhirnya berjaya disentuh hatinya melalui ayat-ayat cinta Allah. Seorang lelaki yang bernama Taufiq yang dapat menyentuh ruang hatinya yang paling dalam dan membuka pintu hatinya dengan cinta Allah. Taufiq hadir dalam hidup Amni ketika Amni kehilangan seorang sahabat sejati bernama Umairah.

 

Kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukannya. Begitu jugalah perhubungan antara Amni dan Taufiq. Perhubungan mereka berlandaskan syariat Islam, tahu batas-batas perhubungan antara seorang lelaki dan wanita. Menggunakan orang perantaraan untuk menyampaikan hajat menyunting idaman hati. Ada dugaan dan rintangan menanti mereka tika saat dalam proses untuk mengikat hubungan supaya halal disisi Allah S.W.T. Jika memang jodoh, walau si dia jauh beribu batu, tetap akan bersatu. Tetapi, jika memang tiada jodoh, walau berada didepan mata, tetap tidak akan dapat untuk dimiliki. Masih belum tiba waktunya untuk Amni dan taufiq bersatu.

 

 

Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.

Stanza Cinta memaparkan kisah cinta tiga segi. Amni mencintai Taufik tetapi bertunang dengan Irfan. Bagaimanakah Amni boleh bertunang dengan Irfan?. Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati. Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni, yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?

Harga Terendah BlackBerry Playbook. Fuyoo! Murah!

Bagi Irfan Ikmal, Amni adalah seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang…namun dia seorang yang tegas dan sangat tabah walaupun suka menangis dan mudah tersentuh hatinya. Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika Irfan teraba-raba dalam kegelapan dan membuatkan Irfan mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkan padanya.

Bagi Taufiq Imran pula, Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin dijadikan zaujah disisinya. Taufiq membutuhkan dukungan Amni sebagai peneguh, doa Amni untuk kehidupan, senyum Amni untuk mengatasi kesedihan dan diri Amni untuk membuatkan hidupnya menjadi sempurna. Taufiq sungguh mencintai Amni kerana Allah…..”

Cipta undang-undang sukan yang baru, dan berpeluang memenangi tablet dan RM10 ribu!

Amni Sorfina memerlukan seorang lelaki yang mampu membimbingnya, bukan lelaki yang dia perlu bimbing. Dalam masa yang sama, dia berasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus. Perlukah dia mengorbankan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufiq, demi menunaikan sekeping janji dan amanah?

Berhadapan dengan saat paling sukar dalam hidupnya, Amni harus belajar tersenyum dalam derita dan bersangka baik dengan segala takdir Allah buatnya.Apakah ini bermakna dia harus melepaskan pergi sesuatu yang paling diinginkan, yang sejak sekian lama baru ditemui?

Amni Sorfina menyerahkan segalanya pada Allah. Pintanya:
“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!”

Apakah kesudahan cerita Stanza Cinta ni? Sama-sama kita tunggu kemunculannya di kaca tv3 mulai Ahad ini (besok).

Muzikal terbaru Tiara Jacquelina dan Ryan Silverman 29th September – 16th Oktober ni. 

OST STANZA CINTA

ANTARA KITA
Penyanyi: Jed Madela & Nikki Palikat

KISAH HATI
Penyanyi: Alyah

ASTAGHFIRULLAH
Penyanyi: Opick

Lirik lagu Astaghfirullah, nyanyian Opick

JOM BACA JUGA MAKSUD STANZA

p/s: Baca sinopsis dah membayangkan yang cerita ni best. Lagipun, ni kisah cinta yang berunsur Islami. Ala-ala Nur Kasih jugalah. Tak sabar nak tengok. Ni FB fan page Novel Stanza Cinta: Novel Stanza Cinta.

Sumber sinopsis dari Nurizspace dan Butterfly

Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda di Facebook dengan menekan butang share ini.

{ 14 comments… read them below or add one }

MDHAFiZ.NET June 19, 2011 at 12:05 am

Thanks for the info :)
Lama tak lihat drama sekarang nih… :)

Dan bertukar tema nampaknya.. lebih ceria…

Reply

syaisya June 19, 2011 at 9:54 pm

lebih ceria eh. hehe.. :D Theme dulu ramai yang complain simple sangat dan tak menarik, tu yang tukar ni.

Reply

abrablog June 19, 2011 at 12:07 am

hoho..ada auron aziz lagi. Mesti orang perempuan suka nih. haha..

Reply

syaisya June 19, 2011 at 9:55 pm

haha..sudah semestinya..tu sudah tentu.. meletop nama Aaron Aziz bila jadi Seth Tan.

Reply

Pendekar Berkuda June 20, 2011 at 1:40 am

tiba-tiba tak ada ribut tak ada angin.. nama blog ni dah naik kat Google.. hmmm…. makin meriah ek?? huhuhu…

Reply

syaisya June 22, 2011 at 1:52 pm

nama blog mana yang dah naik kat google ni pendekar?

Reply

alya lia August 21, 2011 at 9:33 pm

thanks for info mentang mentang penamat nye best ending

Reply

syaisya August 22, 2011 at 1:17 am

welcome. endingnya, Irfan meninggal kot. hehe..agaknya lah. Irfan tu kan sakit.

Reply

Aina August 22, 2011 at 6:23 pm

last last nanti aishah dgn sape

Reply

syaisya August 27, 2011 at 6:06 pm

Aishah?

Reply

garfield September 21, 2011 at 8:53 am

Salam. boleh senaraikan OST stanza cinta tak? tq…

Reply

syaisya September 23, 2011 at 10:37 pm

Ok, Sya dah senaraikan. Entri ni dah diupdate.
syaisya Entri terkini..KEPUTUSAN MALAYSIA VS JEPUN KELAYAKAN OLIMPIK 2012- 21 SEPTEMBERMy Profile

Reply

Mohzanalieza Mohammed September 30, 2011 at 4:42 am

sesiapa yang menyaksikan kisah Stanza Cinta nie…kita cuba membayangkan situasi ami..ada sedih, gembira, nasihat dan pelbagai kisah boleh kita teladani…amin…

Reply

syaisya October 3, 2011 at 4:30 pm

yup! sian amni, tapi dia wanita tabah. bak kata Irfan “bidadariku”

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: