Episod akhir Annissa drama samarinda tv3Episod akhir Annissa drama slot Samarinda di tv3 berakhir dengan kemaafan dari seorang sahabat baik. Anna akhirnya mengetahui Balkis adalah madunya. Anna tak dapat memaafkan Balkis dan merasa dirinya dikhianati oleh kawan-kawan baiknya.

Shila yang dah berjaya diberkas polis menjadi tidak siuman, sering meracau kononnya ada orang nak bunuhnya dan memanggil Anna “mak” ketika Anna melawatnya.

Ketahui jenis smartphone yang sesuai dengan personaliti anda.

Setelah Anna dapat tahu dari peguam arwah suaminyan yang Balkis adalah madunya, Anna rasa sangat sakit hati sehingga mahu mengapakan Haikal (anak Balqis). Sarah memujuk dan menenangkan Anna. Sarah juga mengingatkan Anna yang Balkis dan Haikal dulu adalah pasangan kekasih.

Anna teringat kembali kisah mereka berempat ketika dibangku sekolah, ketika Balkis dan Farid bercinta. Di universiti pula, Anna mula menjalinkan hubungan dengan Farid. Huhu…

Van milo untuk Hari Sukan sekolah.

Balkis pula, ingin sangat berjumpa dengan Anna untuk meminta maaf setelah sedar dari koma. Sarah menyampaikan hajat Balkis kepada Anna, namun Anna enggan berjumpa dengan Balkis pada awalnya kerana tak sanggup untuk tengok muka Balkis.

Sarah tidak putus asa menasihati Anna. Akhirnya, kata-kata Sarah berjaya memujuk hati Anna. Anna datang menziarahi Balkis di hospital. Balkis meminta maaf dari Anna dan Anna memaafkan Balkis. Pesanan terakhir Balkis agar Anna menjaga Haikal.

Anna mengajak Sarah untuk kembali kepada Annissa kerana Anna tak akan melupakan Annissa Corporation. Sarah bahagia bersama Kamal. Di akhir cerita, Anna muntah-muntah, dan orang gajinya mengatakan kepada Haikal, yang Haikal nak dapat adik. 😀

Disebalik senyuman seorang ibu.

Begitulah pengakhiran konflik antara 4 orang sahabat baik. Huhu….Anna rasa diri dianiayai, tapi dia tak sedar, dia pun ada aniaya kawan baik dia juga. Ni pendapat peribadi aku lah. 😀 Hehe.

Ok, habis lagi satu cerita. Kira minggu ni 2 drama dah habis (Juvana dan Annissa). Apa pula cerita yang akan menggantikan Annissa?.

Kongsi episod akhir Annissa ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!