piala dunia world cup 2014Hoho… perlawanan Malaysia vs Singapore kelayakan piala dunia, zon Asia menyaksikan pesta gol. Keputusan Malaysia vs Singapore 1st leg pada 23 Julai 2011, berakhir dengan 3:5.

Separuh masa pertama menyaksikan Malaysia menjaringkan gol pertama pada awal perlawanan, tetapi kemudian, Singapore menyamakan kedudukan pada minit ke 7.

VAN MILO UNTUK ANDA!

Kemudian, satu demi satu gol dijaringkan dan separuh masa pertama diakhiri dengan Singapore selesa mendahului 4:1. Uwaa….

Tapi nasib baik Malaysia masih tak patah semangat dan Safee menjadi hero Malaysia malam ini apabila menjaringkan 2 gol pada separuh masa ke-2. Time ni Malaysia dah suka dah, sebab kedudukan dah 4:3. Tapi, tup-tup Singapore menjauhkan lagi jurang dengan menjaringkan gol ke-5 pula. Alahai…

TAHUKAH ANDA JENIS SMARTPHONE YANG SESUAI DENGAN PERSONALITI ANDA?

Tapi, apapun, perlawanan malam ni memang sangat interesting!. Memang tak senang duduk lah. Apapun, perlawanan pada 28 Julai nanti di Bukit Jalil pastinya lebih gempak dari malam ni, sebab Malaysia perlu menang at least 2-0.

Kepada yang nak membeli tiket perlawanan Malaysia vs Singapore di Bukit Jalil nanti, boleh rujuk SINI.

Tahniah, Malaysia untuk tentangan yang hebat yang diberikan kepada Singapore ini!.

Kongsi keputusan Malaysia vs Singapore ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share.

error: Content is protected !!