fifa world cup 2014 brazil

Perlawanan Malaysia vs Taiwan Kelayakan Piala Dunia 2014 2nd leg berlangsung di Stadium Perbandaran Taipei tepat jam 7 malam. Keputusan terkini Malaysia vs Taiwan secara live:

Malaysia berjaya meloloskan diri ke peringkat seterusnya secara away goal. Nampaknya hero untuk perlawanan malam ni ialah Sharbinee.

Kedudukan terkini Malaysia 2-3 Taiwan.

4 minit masa tambahan diberikan.

Chinese Taipei lebih menguasai separuh masa kedua perlawanan ini dengan mengasak Malaysia bertubi-tubi. Keadaan semakin tertekan.

73″: Sharbinee dilayangkan kad kuning. Sepakan penalti diberikan. Gol ke-3 oleh Chinese Taipei. Nampak-nampaknya pemain Malaysia perlu lebih bertenang.

Sepakan penjuru oleh Lo Chee Han berjaya diselamatkan oleh Sharbinee.

Amirul Hadi dikeluarkan, Chanturu dibawa masuk.

Norshahrul dilayangkan kad kuning.

Percubaan kaptain Taiwan dapat diselamatkan oleh Sharbinee sekali lagi.

60″: Fadhli mendapat kad kuning setelah berlaku tarikan dengan pemain Taiwan. Sepakan penalti untuk Taiwan tetapi berjaya diselamatkan oleh Sharbinee. Syabas Sharbinee!.

3 sepakan sudut diberikan kepada Malaysia. Untuk sepakan ke-3, Mahali menyepak bola melepasi tiang gol.

2nd half

BERITA BAIK UNTUK PEMILIK MASTER CARD, RM100 RIBU DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN ANDA JIKA ANDA MENANG CONTEST NI. KLIK UNTUK TAHU CONTEST APA.

Tiupan wisel untuk 1st half dibunyikan. Perlawanan berehat seketika.

Percubaan Amarul Hidan melalui hantaran leret berjaya diselamatkan oleh Po Cheng (penjaga gol Taiwan).

Mahali melakukan kesilapan mengait kaki pemain Taiwan dan dilayangkan kad kuning. Penalti diberikan kepada Taipei dan gol penyamaan berjaya diperolehi. Huhu…Perlawanan semakin sengit.

Perlawanan kekal rancak sejak awal perlawanan.

Sepakan percuma untuk Malaysia. Safiq berjaya menyempurnakannya. Gol kedua untuk Malaysia. Nampaknya Malaysia kini dah power free kick!. Tahniah.

30″: Taiwan berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui Chang Hang ketika keadaan gawang Malaysia kelam kabut setelah bola berjaya diselamatkan 2 kali selepas sepakan sudut.

KLIK UNTUK BINA WEBSITE SECARA PERCUMA!

Rembatan Norshahrul Idlan Talaha terlalu tinggi melepasi tiang gol setelah menerima hantaran cantik dari Amirul Hadi.

16″: Taiwan mendapat sepakan percuma kerana berlaku clash antara Aidil dan pemain Taiwan. Sepakan terkena benteng kita, dan Taiwan mendapat sepakan penjuru.

7″: Gol pertama untuk Malaysia dari Aidil Zafuan. Free kick digunakan sebaiknya oleh Aidil dengan rembatan kencang dari jarang jauh. Memang cantik sangat2.

Jelas Taiwan menyerang Malaysia dengan bersungguh-sungguh.

Free kick percuma untuk Chinese Taipei terkena benteng skuad Malaysia.

Malaysia mengambil sepakan pemula.

1st half

Untuk perlawanan ini, Norshahrul Idlah Talaha bergandingan dengan Abdul Hadi Yahya di bahagian serangan. Gawang gol pula dijaga oleh Sharbinee Alawee. Stadium nampak penuh penonton Taiwan yang kelihatan bersemangat.

TONTON LIVESTREAMING PERLAWANAN INI DI SINI

Kongsi keputusan ini dengan rakan-rakan and ayang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!