Korang layan tak drama Stanza Cinta yang ditayangkan di tv3 setiap hari Ahad jam 9-10 malam?. Cerita ni adaptasi dari novel Stanza Cinta. Apa maksud stanza?.

Kali pertama je aku dengar tajuk cerita ni, terus je tertanya-tanya, apa maskud stanza?. Apa ek?. Hehe..aku dah semak kat kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud stanza ialah:

rangkap (sajak) yg terdiri drpd sebilangan tertentu baris, bait (sajak).

Haa..itulah dia maksud stanza. Kalau nak senang faham, stanza tu ialah bait (sajak). Jadinya, stanza cinta ialah bait cinta. Macam ayat-ayat cinta lah pula kan.

Hehe…kalau tengok je cerita, tapi tak faham maksud tajuk cerita pun tak best juga kan. So ni saja je lah aku merajinkan diri mencari maksud stanza ni.

Baru 2 episod je drama ni. Aku akan follow cerita ni sebab drama ni best, selain daripada faktor heronya ialah Aaron Aziz. Daripada review yang dilakukan oleh pembaca novel Stanza Cinta, novel ni memang bagus, menginsafkan. Kira ni novel keagamaan juga lah.

Kongsi maksud stanza ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!