malaysia vs arsenal

Ramai peminat bola sepak tanah air dan juga peminat Arsenal menantikan perlawanan Malaysia vs Arsenal 2011 sempena Arsenal Asia Tour 2011.

Skuad Malaysia akan menentang Arsenal di Stadium Bukit Jalil pada 13 Julai 2011. Perlawanan akan bermula jam 8.45 malam. Mesti ramai peminat Arsenal yang dah tak sabar nak jumpa dan tengok pemain kesayangan mereka beraksi di stadium Bukit Jalil.

HARGA TIKET

Tiket perlawanan telah mula dijual pada 27 Mei dengan harga RM58 (free seating), RM68 (free seating) dan RM108 (free seating). Tiket VIP pula RM388 (terhad kepada orang ramai di cawangan butik Nike terpilih dan cawangan Ticketpro di seluruh negara).

 

Agak-agaknya, berapa ramai yang sokong Skuad Harimau Malaya dan berapa ramai pula yang sokong Arsenal, ya?. Hope ramailah juga penyokong skuad negara sendiri walaupun merupakan peminat fanatik Arsenal. Aku tahu, ramai peminat Arsenal yang beli tiket perlawanan ni, termasuklah adik aku sendiri. Hehe 😀

Walaubagaimanapun, aku tetap sokong Malaysia dan mengharapkan permainan yang terbaik dari skuad kebangsaan kita.

Pasukan Arsenal telah tiba di Malaysia. Saksikan gambar penerbangan pemain Arsenal dan ketibaan mereka di KLIA.

Pemain-pemain Arsenal yang akan beraksi pada perlawanan Malaysia vs Arsenal (Arsenal Asia Tour 2011).

Kongsi maklumat ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!