Liverpool vs Malaysia Asia Tour 2011

Pasti ramai penyokong pasukan Liverpool menanti ketibaan skuad Liverpool FC di Malaysia. Kelab gergasi bola sepak England ini akan tiba di Kuala Lumpur esok, Khamis 14 Julai 2011 untuk perlawanan persahabatan dengan Malaysia sempena Liverpool Asia Tour 2011.

Mereka dijangkakan tiba awal pagi esok di lapangan terbang KLIA. Peminat-peminat yang mempunyai pass khas sesi lawatan boleh melihat pemain-pemain pujaan mereka berlatih jam 7 petang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Skuad gergasi ini akan menentang Malaysia pada Sabtu ini, 16 Julai 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 5.45 petang.

Kongsi info ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!