doa berbuka puasa

Bulan Ramadhan dah semakin dekat. Dalam minggu depan je, InsyaAllah, umat Islam akan mula menjalani ibadah puasa. Berikut ada lafaz niat berpuasa di bulan Ramadhan harian, niat berpuasa sebulan Ramadhan, doa berbuka puasa dan doa selepas buka puasa.

NIAT PUASA RAMADHAN (HARIAN)

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taโ€™ala

NIAT PUASA SEBULAN RAMADHAN

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Taโ€ala

DOA BERBUKA PUASA

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

DOA SELEPAS BERBUKA PUASA

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Sambutlah kedatangan Ramadhan dengan berdoa kepadaNya dengan tulus ikhlas:

“Dengan nama Allah yang maha pemurah dan penyayang. Segala puja dan puji bagi Allah yang telah memuliakan akan kami dengan naungan bulan Ramadhan, yang turun padanya malaikat-malaikat dan roh-roh yang mulia selawat dan salam atas junjungan kami Muhammad dan atas keluarga dan sahabat yang mulia, kami mohon kepadamu ya Allah, pemeliharaan keamanan memasuki bulan Ramadhan dan tetapkanlah kami berpuasa Ramadhan, rahmatilah kami dan berkatilah dalam berpuasa Ramadhan, dan perbaikilah segala keadaan kami dan akhlak kami dan sekalian amal kami dalam bulan Ramadhan, ya Allah lanjutkan usia kami ini dengan berkat Ramadhan dan jadikanlah puasa kami ini mengikut segala puasa yang dipuasakan oleh nabi kami Muhammad s.a.w dengan rahmatMu ya Tuhan yang maha pengasih dan penyayang. Kesejahteraan dan keselamatan atas Nabi Muhammad dan segala puja dan puji bagi Allah tuhan seru sekalian alam”.

Mudah-mudahan, dapatlah kita sama-sama menghayati bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan ini, dan menjalani Ramadhan kali ini lebih baik dan penuh makna, berbanding tahun-tahun sudah.

Lafaz niat puasa Ramadhan, lafaz niat puasa sebulan Ramadhan, doa berbuka puasa dan doa selepas berbuka puasa diambil dari zelo55.com, manakala doa menyambut kedatangan ramadhan diambil dari buku Himpunan 75 Solat-solat Sunat.

>> Peminat gaya hijab? Mana satu gaya kegemaran anda?ย <<

Kongsi doa-doa ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini. Kalau nak share di twitter, tekan tweet.

error: Content is protected !!