optical mouse

Hari ni memang orang ramai sibuk dengan perhimpunan Bersih 2.0. Di dada-dada akhbar online dan juga di blog-blog memang banyak yang follow up perkembangan semasa Bersih 2.0.

Aku pun sibuk juga. Tapi sibuk dengan ahli keluarga dan sanak-saudara. Hari ni sanak saudara aku dari JB datang ke sini, sebab sepupu aku bertandang. Suami dia tu pula orang kampung sebelah je.

Lepas Zohor, bersiap-siap untuk berkumpul di rumah sanggah dan kemudiannya berarak. Tiba-tiba je aku jadi pengapit terjun. Haha..Ni lah pertama kalinya dalam hidup aku, jadi pengapit. Selalunya memang aku elak untuk jadi pengapit, bukan sebab malu, tapi bila memikirkan aku kena payungkan pengantin, aku memang tak nak. Sebab aku ni tak tinggi orangnya. Selalu kalau aku jalan beriringan dengan sesiapa pun, orang tu yang akan payungkan aku, sebab kalau aku pegang payung, orang tu tak nampak jalan, nampak payung aje. Hehe.

Apabila pengantin duduk kat meja damai, aku perhatikan dari jauh je lah. Tiba-tiba jurufoto panggil-panggil aku, suruh aku duduk kat meja damai, sebelah pengantin lelaki. Keh2..ni jugalah 1st time aku duduk makan kat meja damai dengan pengantin :D.

Lepas lepak-lepak borak-borak dengan sedara-mara, bergambar dengan pengantin, aku, emak dan adik pi tengok rumah contoh. Cewah! Nak beli rumah lah ni. Hehe..bukan aku lah yang nak beli, mak aku dan adik aku. Cantik-cantik hiasan dalaman rumah contoh tu. Dalam hati aku “bilalah aku boleh ada rumah cantik macam ni”. Huhu…

Sebelah malam pula, keluar makan bersama-sama sekalian sanak-saudara. Meriah ler makan ramai-ramai ni. Biasanya aku makan sorang-sorang je kat kolej. Kadang-kadang je makan dengan rumet atau office mate.

Sebenarnya, kalau ikutkan perancangan semalam, aku nak join 2 contest yang due datenya esok. Tapi, memandangkan hari ni aku tak berkesempatan nak join contest tu, so esok je lah terpaksa aku pulun kedua-dua contest tu. Dah lama aku nak join kedua-dua contest ni. Ganbate to me! Hehe 😀

Ops! Sebelum aku mengakhiri entri ni, gambar mouse colorful kat atas tu bukan sekadar hiasan. Mouse tu semalam sampai ke rumah mak aku. Hadiah sempena aku menang contest ni. Tempat ke-2 je. 😀 Cuba mendapatkan tempat pertama, tapi tak berjaya. Rezeki aku untuk dapat mouse je kot. Hehe..kebetulan mak pula nak beli mouse, so mak lah yang dapat mouse ni. 😀 Dalam erti kata lain, rezeki mak aku juga lah kan.

p/s: Aku tengok video-video dan berita pasal perhimpunan Bersih ni, ermmmm…dahsyat juga lah. Huhu…alahai..hai…hai… tak seronok ke duduk dalam negara yang aman damai?

 

error: Content is protected !!