REZEKI BLOGGING DAPAT HADIAH LAGI

Alhamdulillah, hari ni ketika aku sedang asyik membuat pembetulan paper journal, tiba-tiba ada van POS LAJU berhenti depan rumah. Rupanya, cik abang POS LAJU tu nak bagi parcel atas nama aku.

Terus aku teringat, memang aku hadiah misteri dari seorang blogger ni tak sampai-sampai lagi. Hadiah di atas tu adalah hadiah misteri yang aku perolehi dari CONTEST NI. Ni bukanlah hadiah utama. Yang sebenarnya, aku tak menang pun contest ni, tapi penganjur membuat kejutan, semua peserta dapat hadiah misteri. So, aku dapatlah pendrive 4 Gb ni. Hoyeah! Rezeki blogging. Dapat hadiah lagi!.

Hehe…Sekarang ni pun aku dah ada 3 pendrive, so masuk yang ni jadi 4 lah. Mak aku dah ngendeng-ngendeng dah pendrive ni. Sebab aku dah ada banyak pendrive kan, so dia ngecek lah. Hehe..Minggu lepas dapat hadiah yang ni, dah kasi mak dah. Wah! Kalau macam ni, untung mak aku, macam-macam dia boleh dapat dari aku, hasil aku blogging.

Ini adalah hadiah ke-2 yang aku dapat dari blogger ni (Mjali). Terima kasih banyak-banyak kepada beliau. Duit hadiah dari beliau yang sebelum ni aku beli benda ni. So, memang banyak kenanganlah hasil berkunjung ke blog Mjali ni.

Apapun, blogging memang best. Nak lagi meriah dunia blogging? Join lah contest!. Kalah menang tolak tepi. Tapi kalau menang, lagi best. Alhamdulillah, Yahoo!. 😀

error: Content is protected !!