piala dunia world cup 2014Isk isk uwa!!!!! Impian membara Malaysia untuk mara ke peringkat seterusya dipadamkan oleh Singapura. Keputusan rasmi secara agregat Malaysia vs Singapore: 4:6, setelah Singapore mengikat Malaysia seri 1-1 pada perlawanan timbal balik di Stadium Bukit Jalil.

Singapura yang berbekalkan 5 gol hasil jaringan dari perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar Sabtu lalu ternyata memberikan advantage kepada Singapura.

Safee Sali merasa kecewa dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Dato’ K. Rajagobal:

“Saya ucapkan terima kasih kepada penyokong. Pemain bermain dengan baik terutama pada babak yang ke-2. Sedikit gangguan kerana Aidil cedera. Kerana kelekaan kita dibolosi. Secara keseluruhan, rakyat perlu berbangga kepada persembahan pemain kita. Sedikit gangguan juga ketika pemain Singapura cedera dan menlengahkan masa”.

Apapun, Khairul Fahmi Che Mat menunjukkan aksi cemerlang pada perlawanan malam ni, Safee pula tidak mendapat banyak peluang. Takpe, ok lah tu, semua pun dah usaha sebaiknya. Sedih-sedih penyokong, sedih lagi pemain yang berjuang, kan.

error: Content is protected !!