sinopsis ramadhan terakhir banner

Drama Ramadhan Terakhir merupakan drama baru slot Samarinda di TV3. Drama Ramadhan Terakhir ni ditayangkan mulai 26 Julai 2011, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam.

PELUANG UNTUK MEMENANGI PS3! KLIK UNTUK REBUT PELUANG YANG ADA!

PELAKON RAMADHAN TERAKHIR

Esma Daniel (Hisham)

Fazlina Dato’ Ahmad Daud (Mazni)

Tasha Shilla (Sakinah)

Aeril Zafril (Daniel)

Eyka Farhana (Anna)

Nur Anzalna (Rossa)

Wan Latah (Kak Hawa)

PENGARAH

Ungku Ismail Aziz

SIAPA NAK DUIT RAYA?. ADA ORANG NAK BAGI DUIT RAYA NI.

SINOPSIS RAMADHAN TERAKHIR

Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.

Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.

BUAT DUIT SAMBIL BERFACEBOOK

Tatkala keluarga mereka dikejutkan dengan keputusan Kak Hawa, pembantu rumah mereka yang telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya setelah sekian lama, Anna, anak perempuan Hisham dan Mazni membantah dan bersedih. Anna telah menganggap Kak Hawa sebagai ibunya sendiri, dan hubungan mereka lebih akrab berbanding layanan Anna terhadap Mazni, ibu kandungnya sendiri. Namun, kekosongan tersebut bakal diisi oleh Sakinah, seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya.

Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?

Oh ya, lagu tema Ramadhan Terakhir ni best. Tajuk OST Ramadhan Terakhir ni ialah Jangan Lupa Namaku. >> LIRIK LAGU JANGAN LUPA NAMAKU, VIDEO OST RAMADHAN TERAKHIR <<

p/s: Lately ni aku suka layan drama-drama melayu. Huhu..

Maklumat diambil dari kakyong & portal tv3.com.my

Kongsi sinopsis Ramadhan Terakhir ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dan Twitter dengan menekan butang share dan tweet ini.

error: Content is protected !!