Kongsi tip blogging 2dayblogger.com

 

Salah satu aktiviti yang aku suka lakukan ketika berblogging ialah membaca tips blogging dari blogger lain.  Bagi aku, tips blog ni bukan newbie sahaja yang perlu baca, blogger yang dah bertahun-tahun berblog pun perlu baca juga untuk sentiasa memantapkan dan memajukan lagi blog.

Terdapat banyak blog di luar sana yang memberikan tip-tip untuk blog. Namun, tak kurang juga banyak blogger yang memberikan tips yang dicopy paste dari blogger lain dan bukannya dari pengalaman dan pengamatan diri sendiri. 2dayblogger.com merupakan salah satu blog yang mengandungi banyak tips blogging yang terhasil dari pengalaman penulis blog itu sendiri iatu saudara Faizal Abdullah.

Di sini, aku akan kongsikan 3 entri tips blog 2dayblogger.com yang sangat berguna dari pelbagai aspek untuk tatapan pembaca sekalian.

 

1. PEMILIHAN TAJUK ARTIKEL

Tajuk artikel selalunya menjadi 1st impression kepada para pembaca kerana kebiasaanya, sebelum membaca sesuatu entri, tajuk yang akan dibaca terlebih dahulu. Tajuk yang menarik boleh menyebabkan pembaca berminat untuk membaca sesuatu entri. Namun, bagaimanakah caranya dan kriteria yang diperlukan untuk menulis tajuk entri yang baik untuk pembaca dan juga untuk search engine?. Temui jawapannya dalam entri Bijak Memilih Tajuk Artikel Boleh Tingkatkan Bilangan Pembaca Blog!

 

2. KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN SEMASA BLOGGING

Sebagai makluk Allah yang menghuni dunia yang fana ini, kita sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Kesilapan yang dilakukan kadangkala langsung tidak disedari. Bagi seorang blogger, kesilapan dalam dunia maya, ketika blogging terutamanya, sering berlaku tanpa disedari.

Kesilapan-kesilapan ini mungkin akan mendatangkan kerugian kepada kita terutama sekali dari segi trafik dan juga minat pembaca blog. Jadi adalah baik untuk kita membaca entri 5 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Semasa Blogging. Mungkin Korang Selalu Lakukan?.

Setelah membaca entri ini, cuba tanya diri sendiri, adakah anda ada melakukan kesilapan-kesilapan yang dinyatakan?. Jika jawapannya ya, maka bolehlah bertekad dalam diri untuk membaiki kesilapan dan tidak mengulanginya lagi, terutama sekali jika anda ada hajat untuk memajukan diri anda dan blog kesayangan anda.

 

3. BAGAIMANA MENJADI BLOGGER YANG HEBAT

Siapakah dia blogger yang hebat?. Perlu ke, jadi seorang blogger yang hebat?. Kenapa nak jadi blogger yang hebat?. Jawapan kepada semua soalan ini ada dalam diri setiap blogger.

Jika anda serius berblogging dan berhajat untuk menjadi seorang blogger yang hebat, tidak salah mempunyai niat seperti ini. Tiada yang mustahil di dunia ini. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Namun, menjadi seorang blogger yang hebat tidak mudah seperti hanya mengucapkan “aku nak jadi blogger yang hebat”. Segalanya perlu diusahakan. Jika kena pada gaya dan caranya, InsyaAllah, anda memang boleh jadi blogger yang hebat.

Entri Bagaimana Menjadi Blogger Yang Hebat? ada menerangkan cara-cara untuk menjadi seorang blogger yang hebat. Bacalah untuk mengetahui apakah rahsianya. Mudah-mudahan anda akan menjadi seorang blogger yang hebat satu hari nanti.

p/s: Ini adalah entri contest Kongsi Tip Blogging 2dayblogger.com. Nak sertai juga, bolehlah klik link ini: Kongsi tip blogging 2dayblogger.com

 

error: Content is protected !!