Hihu…entri ni cuma entri warm up je. Bukannya apa, dah lama aku tinggalkan blog ni, sebab busy dengan hal-hal lain. Biasalah aku, tak consistent dalam blogging ni. Time aku rajin nak hadap blog, sampai 5-6 entri aku boleh buat. Dari pagi sampai pagi pun boleh lagi hadap blog, termasuk menyibuk kat blog orang lain, tinggalkan komen dan skodeng entri-entri mereka.

Lagi kalau time rajin aku datang, dok intai sana-sini cari contest atau segmen untuk aku join. Haha…memang meriah lah sikit blog aku time tu. Tapi bila hangin malas meniup kepadaku, blog sendiri pun aku tak jenguk, apatah lagi blog orang lain.

Oho, sekarang aku dah kembali ke universiti setelah bersantai-santai di kampung selama sebulan lebih. Terlebih santai dah ni sampai paper conference pun lambat aku siapkan. Proposal pun tak siap juga. Haru betul hidup cenggini. Tak best!. Tak suka macam ni! Yew!

So, dalam tempoh 2 minggu sebelum raya ni, haruslah aku pulun semua kerja-kerja yang tertunggak ni. Kena kasi siap semua. Baru boleh raya dengan meriah. Hehe…

Untuk blog ni pula, masih ada beberapa contest yang tak siap lagi entri nya. Hehe… InsyaAllah, akan aku siapkan juga, tu pun setelah aku siapkan semua kerja-kerja pembelajaran aku yang dah tertangguh banyak tu. Haish! Student yang pemalas tol lah! buwek 😛

p/s: Dah lama tak taip entri, so ni entri warm up jari-jemariku ajer… Nak buat entri apa pun dah blur…uhuk!

BACA JUGA :  MENCARI HIKMAH (4): KANAK-KANAK (1)
error: Content is protected !!