Review Blog Earncent.com bersambung lagi untuk siri terakhir iaitu siri ke-3. Pada entri siri ke-2: Siapakah Titan Si Blogger Kacak?, Aku sudah menceritakan apa yang aku tahu mengenai penulis blog earncent.com ini. Pada siri ke-3 ini, aku akan memberikan pandangan peribadi aku terhadap blog earncent.com ini.

MISI BLOG

Blog ini merupakan kesinambungan kisah Titan dari blogdrive dan blogspotnya yang wujud terlebih dahulu. Namun, walau apapun platform yang digunakan, walau apapun nama domain yang diusahakan, satu misi beliau sejak mengenal dunia blog masih tidak pernah berubah iaiu untuk buat duit dengan blog.

CERITA BENAR VS CERITA TIDAK ASLI

Sebahagian besar dari apa yang tertulis dalam earncent.com  adalah cerita benar. Hanya terdapat sebahagian kecil sahaja entri di dalam blog ini yang direka untuk memudahkan cerita dan juga untuk menyedapkan artikel untuk tatapan pembaca blog. Yalah kan, bagi cukup perisa dan perasa, bubuh sikit ajinomoto dan garam supaya pembaca lebih tertambat hatinya untuk terus membaca entri sehingga habis. Cerita rekaan ini bukanlah cerita tak benar, cuma mungkin tak asli sahaja. Yang pastinya, semua entri yang ada dalam blog ini adalah datang dari hati sanubari buah fikiran seorang insan bernama Ahmad Faizal. Cara nak kenal entri benar dan entri tidak asli senang aje. Kalau entri yang dibaca, sedap semacam aje, haa…tu maksudnya dah terkena umpan yang direka oleh Titan untuk memudahkan pembaca faham apa yang ingin disampaikan. Kalau baca entri tu rasa macam tak sedap aje, tu maksudnya entri tu adalah cerita benar. Hehe 🙂

KANDUNGAN BLOG

Blog yang bertaglinekan “Blog Buat Duit dari Planet Bumi | Affiliate Hunter | Hidup Berani Untuk Gagal” sudah jelas menunjukkan misi blog, cara penulis membuat duit dengan blog dan prinsip penulis blog. Isi kandungan blog memang banyak bercerita mengenai komisen-komisen yang diterima oleh beliau dalam apa jua program yang diceburi. Siap kira lagi tu komisen ke berapa yang diterima. Ini terbukti dengan tajuk entri yang diberi “Komisen pertama dari PakarCoklat.com, Komisen ke-4 dari Kerja-kerajaan.com, Komisen ke-81 dari TNX dan banyak lagi entri  bertajuk Komisen ke…..”  dalam blog ini. Rajin betul mengira dan merekod. Ini mungkin cara beliau mengukur prestasi dan pencapaian beliau dalam sesuatu program yang disertai.

TEKNIK PENULISAN

Walaupun majoriti entri bercerita mengenai duit, namun setiap entri diselitkan dengan cerita-cerita lain seperti cerita peribadi beliau dalam kehidupannya di alam nyata, tip-tip buat duit dengan blog, kisah kejatuhan dan kegagalan beliau dalam sesuatu program, tip menaikkan mutu penulisan blog, tip blogging terbaik dan hasil ujikaji yang telah dijalankan. Semua ini disampaikan melalui hasil pengalaman beliau sendiri yang telah 5 tahun bergelumang dengan dunia buat duit dengan blog. Jadi, dalam satu-satu entri yang dihasilkan, mempunyai perlbagai kisah, bukan menceritakan atau mengupas mengenai satu perkara sahaja. Kiranya entri 2 in 1, 3 in 1 atau kadang-kala boleh juga jadi 4 in 1.

BACA JUGA :  RAMAI DAH BERJAYA BUAT DUIT DENGAN CHURP CHURP

Bagi aku, ini adalah satu teknik penulisan yang menarik. Sebab itu, tidak hairanlah kalau setiap entri yang dihasilkan panjang berjela, dan hanya 1 entri sahaja yang dipublish untuk setiap hari. Titan sangat konsisten dalam penulisan blog dan nampak ketara bahawa Titan menjaga blog earncent.com ini dengan rapi. Namun begitu, beliau tak dapat lari daripada bercerita mengenai kisah hidupnya yang mencuit hati dalam blog ini. Rasanya kalau dia bercerita, memang entri akan jadi 2 kali ganda panjangnya berbanding entri Komisen ke….. Tak caya? Cuba baca entri NI. Sakan beliau bercerita. Seronok betul lah. Almaklumlah, setiap entri yang dihasilkan adalah dengan perasaan bahawa entri yang ditulis adalah entri yang terakhir. Dengan itu, entri ditaip dengan sepenuh hati, jiwa raga dan perasaan. Hehe 😀

LAYOUT BLOG

Bagi aku, layout blog dah OK dah. Kemas dan iklan-iklan yang banyak tu pun berjaya disusun dengan kacaknya. (Hehe..pinjam favourite word Titan ni sekejap).  Background hitam, namun kawasan untuk entri adalah putih. Ok je, sebab aku tahu, ramai blogger lelaki sukakan background hitam. Mungkin sebab bagi mereka hitam itu menawan. Tak pun sebab Hitam..Gaya Mutu Keunggulan, macam iklan Dashing tu. Erk..ye ke iklan Dashing?. Tapi biasanya, kalau template berlatarbelakangkan hitam ni, kalau time tu line tengah slow, memang gelap gelita je lah rasanya tengok blog tu. Ala-ala masuk dalam gua. Aku pun pernah juga guna background hitam, memang macam tu lah, sebelum blog betul-betul habis loading.

TULISAN 

Terus terang aku cakap, ni pengakuan ikhlas dari aku. Aku selalu je juga jumpa nama Titan ni kat kebanyakan blog yang aku pergi, sebab beliau suka tinggalkan komen di blog-blog yang diterjahnya. Jadi, aku tak dapat menafikan, bila aku teruja dengan komen beliau atau komen balas dari tuan punya blog terhadap komennya, aku pun klik lah kat nama dia. Bila terpampang je blog earncent.com didepan mata aku, mata aku dok pandang sekali imbas je keseluruhan blog ini. tanpa baca isi kandungannya. Kenapa? Sebab tulisan blog ni super kecik.

Ohoho..tulisan kecik sangat ni yang aku lemah ni. Udahler aku ni berspek tebal. Biasanya memang aku agak ‘kureng’ sikit nak baca tulisan kecil-kecil ni. Tengok tulisan kecil je, terus lemah semua urat-urat mata aku. So, aku tekan pangkah. Hehe…Tapi tu dulu lah. Sejak Titan selalu datang ke blog aku dan tinggalkan komen, aku menyampuk lah juga sikit-sikit tinggalkan komen kat blog dia. Sebagai membalas jasa dia komen di blog aku. Tapi, sejak aku mula membaca entri yang terdapat diblog ini, lebih-lebih lagi sebab nak review blog ni. barulah aku tahu, best rupanya baca blog ini. Alahai…kalau aku rasa tulisan kecil sangat, aku zoom je. Hehe… 🙂

BACA JUGA :  SUARAPEOPLE[DOT]COM SANGAT GEMPAK

SISTEM KOMEN

Sistem komen yang terdapat di earncent.com ni agak tak best. Kenapa tak guna threading komen, ek Titan?. Senang sikit nak trace reply komen yang Titan lakukan. Nanti komen-komen yang banyak kat blog ini akan kelihatan lebih kacak. Aku suka je juga baca reply dari tuan blog bila aku tinggalkan komen. Tak nak pasang commentluv ke, Titan?. Boleh Sya tumpang glamor blog earncent tu. 😛

Ok. Dah. Sekian sahaja review aku tentang earncent.com. Seperti yang telah aku nyatakan awal-awal lagi, segala yang tercatat dalam entri ini adalah pandangan aku semata-mata, kecuali pasal Cerita Benar vs Cerita Tak Asli tu, aku cilok dari blog tu, tapi olah sikit-sikit dengan ayat aku sendiri. Segala pendapat ini tak semestinya betul, tapi tak sepatutnya salah. Hehe…Dah namanya pun pendapat, kan. 😀

p/s: Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku siapkan 3 siri review blog earncent.com sempena Pertandingan Earncent Review 2011.

Pertandingan Earncent Review 2011 ini dianjurkan oleh Earncent.com danAhmadFaizal.com. Hadiah ditaja oleh TitanPanduanTNX.com, Blog Kari-Ngeri.com,AnakDunia dan Ohcikgu.com

error: Content is protected !!