bonus raya kakitangan awam 2011

Mungkin aku terlambat sikit untuk buat entri ni. Maklumlah, dah dua hari tak berblog, nak siapkan kerja translation punya pasal. So, ni lah dia berita yang ditunggu-tunggu oleh penjawat awam atau kakitangan kerajaan iaitu bonus kakitangan awam 2011.

Best nyer korang dapat duit raya. Aku memang takdelah nak dapat duit raya dari mana-mana. Penjawat awam pun bukan, pekerja swasta pun bukan. Student jer maa… time raya nanti pun belum tentu dapat duit raya. Takpe, kalau ada rezeki aku adalah kan, tak mengharap pun… 😀

Ni petikan berita dari BERNAMA:

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. – BERNAMA

 

Bergembiralah dan bersyukurlah dengan duit raya yang diberikan ni. Aku tahu penjawat awam selalu fikir yang pekerja swasta dapat bonus sampai 3-7 bulan gaji. Tapi hakikatnya, berapa ramai je lah yang dapat bonus masyuk macam tu.

Aku dulu pernah kerja swasta, pernah juga tak dapat bonus. Tak semestinya kerja swasta bonus masyuk. Akak aku lagi lah, tak pernah merasa bonus selama bertahun-tahun dia bekerja swasta.

Kongsi berita  bonus kakitangan awam 2011 ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!