celoteh aku seorang blogger

Entri ini adalah kesinambungan entri contest SEO Aku Seorang Blogger yang dipublish sebelum ini. Contest ini anjuran 2DayBlogger.

Aku seorang blogger yang suka berceloteh. Blog personal ini pada asalnya cerita tentang kehidupan aku seorang blogger je lah. Haha..pendek kata, pada awal pembabitan aku sebagai seorang blogger, memang aku ni betul-betul berkonsepkan aku seorang blogger personal.

Tapi, setelah 10 bulan berblog, aku seorang blogger personal sudah mula beralih arah. Dari berblog yang hanya tahu menceritakan perihal peribadi, aku seorang blogger mula meng’explore‘ dunia blog dengan lebih mendalam. Semakin di’explore‘, semakin seronok ku rasakan. Yalah, mana taknya, dunia internet ni terlalu luas dan tanpa sempadan.

Aku seorang blogger yang sememangnya suka berceloteh. First impression, orang mungkin akan mengatakan aku ni seorang yang pendiam. Pada hal, sesiapa yang benar-benar dah kenal rapat dengan aku, takkan kata yang aku ni pendiam. Kalau aku diam, kawan akan bertanya “kau demam ke?”. Haish! Sabar jelah. Ada ke patut diorang boleh kata macam tu?. Yelah, kawan-kawan akan berasa pelik kalau aku diam aje.

Aku seorang blogger masih lagi teringat, ketika semester akhir di universiti, kami mengadakan Dinner beramai-ramai. Senang cakap, farewell dinner lah. Ni majlis formal, siap jemput pensyarah-pensyarah sekali. Di akhir majlis ni, ada penyampaian anugerah, di mana setiap orang akan mendapat gelaran masing-masing.

Semasa proses menyiapkan anugerah ini di bilik rakan, aku terpeganglah 1 kad anugerah yang tertera perkataan ‘non-stop’. Aku pun tanyalah kawan aku yang merupakan organiser dinner ni. ‘Non-stop’ ni siapa?. Member aku jawab “adalah”.

Aku tengok macam-macam perkataan yang tertera pada kad anugerah tu. Ngilai Kuntilanak, Pencinta Wanita, Mami Jarum, Alzhemir dan macam-macam lagi yang tertera di kad. Setiap kad tu sudah ada pemiliknya.

Akhirnya, ketika majlis makan malam tu, tau-tau, rupa-rupanya aku lah si ‘non-stop’ tu. Ceh! Sabaw je lah. Tu lah, pasal mulut aku ni, kalau dah bercerita memang tak boleh stop. Kawan sampai dah ngantuk-ngantuk mata dah pejam celik pun kena layan aku bercerita pula. Keh keh..bukan aku tak perasan, tapi nak buat camne, susah nak stop, beb!.

OK lah, aku stop sampai sini je lah. Dah lama aku tak berceloteh pasal perihal aku seorang blogger ni.  Asyik buat entri pasal drama je. Sesekali nak juga mendramakan kisah kehidupan sendiri dalam blog ni. Nak buat camne, kan. Dah memang aku seorang blogger yang suka berceloteh. Kalau tak berceloteh tu, rasa lain macam je 😛

“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits,  lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh2DayBlogger,upprofits,broframestone , MJ,MySuperKids , Muje,Puan Bee ,Ellen, DenaiHati,k-worlds,hairulazni,ummihanie,dinsblog“.

Gambar kredit: guecoaction.blogspot.com

error: Content is protected !!