google page rank

Google update PR lagi. Nampak-nampaknya, sejak June lalu, Google dah update PR setiap bulan, sebab dah 3 bulan berturut-turut ni Google update PR. Sebelum-sebelum ni, yang aku tahu google hanya update page rank paling kerap pun 6 bulan sekali.

Aku memang takde pasang widget PR kat blog ni, so aku tahu pun mengenai PR update ni melalui blog hazrilhafiz. So, aku pun dengan dup dap dup dap nya pi lah check pagerank aku kat dashboard. Dengan harapan janganlah jatuh. Sebab dah 2 bulan ni PR maintain 1.

Tup tup bila check, surprise!. Haha..macam tak cayo pun ado.

Jadinya, aku dengan rasa penuh jakunnya, terperanjat dan tersenyum dengan kenaikan PR kali ini. Hehe  😀 Walaupun angka yang tertera cuma 2 aje, tapi ni lah pencapaian tertinggi blog ni setakat ini. Setelah 1 tahun 7 bulan berblog, dan setelah 4 bulan berhosting sendiri. Hehe…ni semua mungkin sebab aku guna self-hosting kot. Kalau guna blogspot aku tak pandai sangat nak monetize SEO segala bagai ni. Tau buat entri je. 😀

p/s: Minggu ni banyak betul pecah rekod. Baru je Isnin ritu pecah rekod trafik 3,000++ UV. Hari ni PR naik pula. Tapi kan, mungkin boleh rasa gembira sebulan je lah kot. Kalaulah google dance ni berterusan, setiap bulan dia update PR, apa pula lah angka PR yang akan tertera bulan depan ek, untuk syaisya.com ni. Apapun PR yang aku dapat, syaisya.com tetap aku sayang. Muah..lebiu my dear blog 🙂

error: Content is protected !!